Shahidan Kassim dipilih AJK Pas Pusat

ALOR SETAR 16 Sept.  – Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang juga Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim adalah antara 18 Ahli Jawatankuasa Pas Pusat sesi 2025-2027 yang dipilih pada Muktamar Tahunan Pas Pusat ke-71, di sini.

Beliau yang dipecat daripada UMNO selepas mewakili parti lawan pada Pilihan Raya Umum lalu memperoleh 717 undi iaitu di kedudukan ke-14.

Pada pemilihan yang berlangsung di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut, di sini semalam dan diumumkan hari ini, Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari memperoleh undi tertinggi.

Ketua Penerangan Pas itu memperoleh 1,096 undi berbanding 1,042 undi di kedudukan kedua pada pemilihan sesi lalu sempena Muktamar Tahunan Pas kali ke-69 di IDCC, Shah Alam pada 2025.

Menter Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor pula berada di kedudukan kedua, dengan 1,062 undi berbanding undi tertinggi yang diperoleh beliau pada pemilihan lalu iaitu sebanyak 1,098 undi.

Pada pemilihan kali ini yang menyaksikan penyandang jawatan utama parti menang tanpa bertanding, seramai 1,351 perwakilan layak mengundi dan daripada jumlah itu, 1,220 mengundi melalui E-undi.

Turut dipilih Exco Kerajaan Negeri Kedah Dr Hilman Abdullah, muka baharu yang memperoleh 1,028 undi sementara Exco Kerajaan Negeri Terengganu Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi mempertahankan jawatan dengan 1,018 undi.

Ahli Parlimen Jerantut, Khairil Nizam Khirudin turut mempertahankan jawatan dengan 920 undi, diikuti Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud (897) ; Exco Terengganu Datuk Dr Azman Ibrahim (868).

Ahli Parlimen Kapar Dr Halimah Ali (866); Ahli Parlimen Rantau Panjang Datuk Siti Zailah Mohamad Yusof (865); Ahli Parlimen Rantau Panjang Datuk Dr Ahmad Marzuk Shaari (854); Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Ahmad Amzad Hashim (802); Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Dr Mohd Fadzli Hassan (731).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jerteh Dr Riduan Mohamad Nor (721); Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim (717); Senator Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (713); Ahli Parlimen Pendang Datuk Awang Hashim (688).

Ahli Parlimen Tumpat Datuk Mumtaz Md Nawi (682) dan Datuk Iskandar Abdul Samad memperoleh 680 undi.

Terdahulu Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menang tanpa bertanding bersama Naib-Naib Presiden iaitu Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar, Ahli Parlimen Bagan Serai Datuk Idris Ahmad dan Speaker DUN Kelantan Datuk Seri Mohd Amar Abdullah.

Turut menang tanpa bertanding adalah Pengerusi Tetap Senator Hussin Ismail dan timbalannya Kamal Shaari serta dua pemeriksa kira-kira Abdul Shukor Abd Aziz dan Najib Ahmad.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment