Sanusi minta “bagilah banyak sikit”

ALOR SETAR 16 Sept. – “Bagilah banyak sikit,”. Itu permintaan Pengarah Pilihan Raya Pas Muhammad Sanusi Md Nor kepada penyokong dan ahli parti untuk memberi sumbangan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16.

Menteri Besar Kedah itu berkata, kos berkempen untuk sebuah kerusi Parlimen kini mungkin mencecah RM1 juta dan mempertahankan kerusi sedia ada lebih sukar daripada memenanginya.

Justeru katanya, parti tidak boleh lagi bergantung kepada derma RM20 sahaja
memandangkan sambil menambah media sosial, saluran konvensional dan platform baharu yang memerlukan dana besar, perlu dimasukkan dalam strategi komunikasi parti.

“Janganlah minta derma bagi RM20. Bagilah banyak sikit. Satu kerusi Parlimen tuan-tuan pada masa akan datang (memerlukan kos) RM1 juta,” katanya ketika berucap pada sesi penggulungan perbahasan pada Muktamar Tahunan Pas ke -71 di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut di sini.

Beliau berkata, agak mengecewakan kerana ada calon yang bergantung kepada peralatan disediakan oleh parti tanpa menyumbang dari segi kewangan.

Menurut Sanusi beberapa unit Pas kini diminta mengumpul sekurang-kurangnya RM1,200 bagi setiap daerah mengundi untuk menampung kos mobilisasi asas manakala media sosial, saluran konvensional dan platform baharu juga memerlukan dana besar, yang perlu dimasukkan dalam strategi komunikasi parti.

Beliau turut mengingatkan ahli Pas di setiap peringkat meletakkan agenda persiapan pilihan raya dalam setiap mesyuarat parti.

Pada masa yang sama, beliau turut mengingatkan tanpa kawalan ke atas teknologi dan peralatan digital, Pas perlu bergantung kepada kaedah kempen yang mahal dan ketinggalan zaman.

Dalam pada itu, bagi menghadapi PRN Sabah yang akan dibubarkan kelak, pihaknya melaksanakan agenda ‘KK Satu’ bagi menyesuaikan kemunculan pertama gerakan Islam itu dalam pilihan raya di Negeri Bawah Bayu.

Jabatan Pilihan Raya Pas Pusat turut menggagaskan rancangan 365 bagi menghadapi PRN Johor dan Melaka dan projek P500 untuk berhadapan dengan PRU16 yang dijangka diadakan pada akhir tahun 2026.

“Semua projek atau pelan bertindak yang telah disusun oleh jabatan pilihan raya ini perlu kepada penglibatan semua pihak, bukan petugas-petugas sahaja tetapi semua cawangan, kawasan, dewan, negeri dan sebagainya.

“Semua projek ini membabitkan tempoh pelaksanaan yang bermula bulan September 2025 sehingga Disember 2026, semua perancangan ini dibuat bagi memudahkan kerja PAS supaya lebih terarah dan menepati sasaran,” katanya.

Muhammad Sanusi berkata, rakyat mula menaruh harapan yang besar kepada Pas dan Perikatan Nasional (PN) untuk mengemudi gerakan perubahan politik dalam arus pentadbiran negara selepas kejayaan Pas di negeri-negeri yang diperintah.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment