Nombor Pendaftaran Istimewa SIS mulai 15 Ogos

SHAH ALAM 11 Ogos – Sempena sambutan Hari Ulang Tahun Keputeraan Ke-80 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Disember depan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menawarkan Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) siri ‘SIS’. Selangor Royal Office dalam satu kenyataan, memaklumkan penawaran NPI dengan tanda indeks ‘SIS’ yang membawa maksud ‘Sultan Idris Shah’, Sultan Selangor ke-9 itu juga adalah sempena Jubli Perak pemerintahan baginda pada tahun depan. Kementerian Pengangkutan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menawarkan NPI ‘SIS’ secara bidaan dalam talian melalui Sistem JPJeBid, bermula 15 Ogos dan ditutup pada 10…

Read More

Pasukan khas Bukit Aman ambil alih siasatan

KUALA LUMPUR 11 Ogos – Sepasukan sembilan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman digerakkan ke Kontinjen Sabah bagi mengambil alih siasatan kes kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir. Menurut kenyataan Pejabat Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) Polis Diraja Malaysia (PDRM), pasukan petugas khas itu adalah sebahagian daripada komitmen bagi memastikan siasatan dilaksanakan secara telus dan menyeluruh. “PDRM memandang serius setiap kes yang membabitkan kehilangan nyawa,” kata kenyataan itu. Justeru, PDRM menyeru masyarakat memberikan ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dengan profesional serta mengelak membuat sebarang…

Read More

Fadhlina tidak perlu defensif berdepan isu

KUALA LUMPUR 11 Ogos – Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, tidak perlu defensif dalam isu kematian pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Papar, Allahyarham Zara Qairina Mahathir. Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, ini kerana isu ini adalah perkara asas iaitu berkaitan keselamatan anak-anak di sekolah. “Sebagaimana Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah memberikan komitmen untuk siasatan adil dan telus untuk menjawab pelbagai persoalan. Saya berharap Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, tidak perlu defensif dalam perkara ini. “Kita tidak boleh menuding jari kepada ibu bapa yang…

Read More

Pastikan siasatan kematian Zara Qairina telus

KUALA LUMPUR 11 Ogos – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) mendesak supaya siasatan secara telus dan bebas tanpa mengira status mereka yang terlibat menyebabkan kematian tragis, pelajar, Zara Qairina Mahathir bulan lalu. Ketua Penyelaras Putra Negeri Sabah, Jeffrus Maimin Rijan berkata pelaku, pembantu pelaku, atau sesiapa yang menyembunyikan bukti mesti diheret ke muka pengadilan dengan segera tanpa pilih kasih. “Kepada mereka yang berasa diri kebal kerana jawatan, wang atau nama keluarga, ingatlah, rakyat sedang memerhati, dan rakyat boleh menjatuhkan kamu bukan sahaja di mahkamah, tetapi di medan politik,” katanya dalam…

Read More

DAP tidak perlu cari ‘kambing hitam’

PERMATANG PAUH 11 Ogos – Mempertahankan Jalur Gemilang termasuk dikibarkan mengikut garis panduan bukanlah agenda politik seperti dakwaan DAP Batu Kawan sebaliknya menjadi tanggungjawab rakyat negara ini, kata Ketua Pemuda UMNO negeri, Mohd Helmi Elias. Beliau menegaskan pihak yang melakukan kesilapan perlu bersikap matang, mengaku kesalahan dan menjadikannya pengajaran, bukan mencari ‘kambing hitam’. Katanya, isu bendera terbalik bukan perkara remeh kerana setiap tahun kesalahan sama berulang, sedangkan Jalur Gemilang adalah lambang maruah, kedaulatan dan penyatuan rakyat Malaysia. Justeru Pemuda UMNO Pulau Pinang memandang serius kenyataan DAP Batu Kawan yang cuba…

Read More

Lapan jam menyaksikan proses bedah siasat

KOTA KINABALU 11 Ogos – Peguam Shahlan Jufri berada di bilik bedah siasat, selama lapan jam, menyaksikan ketelitian pasukan pakar forensik yang berusaha mencari kebenaran di sebalik kematian Zara Qairina Mahathir, 13. Salah seoran peguam mewakili Noraidah Lamat, 45, iaitu ibu kepada Allahyarham menjadi satu-satunya wakil keluarga menyaksikan prosedur yang dikendalikan oleh empat doktor pakar forensik di Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) di sini semalam. Beliau mencerita pengalamannya dengan jelas dan lancar ketika disoal para wartawan yang ingin mengetahui proses bedah siasat itu malahan bersedia menerangkan satu persatu proses bedah…

Read More

DAP saran pendekatan nasihat, peringatan

BATU KAWAN 11 Ogos – DAP Batu Kawan kesal apabila insiden mengibar Jalur Gemilang dengan cara yang tidak berpandukan garis panduan tepat dipermainkan untuk tujuan politik yang mampu membawa kesan negatif kepada masyarakat umum. Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Parlimen DAP Batu Kawan, Chow Kon Yeow berkata, terdapat pendekatan untuk mengatasi isu sedemikian dengan cara yang lebih humanistik dan keperimanusiaan. “Misalnya, sesiapa atau mana-mana pihak yang melihat kejadian sedemikian berlaku, boleh memilih untuk memberi nasihat dan peringatan kepada pihak berkaitan supaya tindakan segera bagi membetulkannya dapat diambil,” katanya. Tegasnya, pendekatan memberi nasihat…

Read More

Potret mantan Presiden berubah kedudukan

WASHINGTON – Dilihat sebagai simbol ketegangan berterusan antara Donald Trump dan para pendahulunya, tiga potret bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) di White House berubah kedudukan dari lokasi utama ke kawasan tangga tersembunyi. Menurut laporan CNN, ia melibatkan potret rasmi bekas Presiden Barack Obama, George W. Bush dan George H. W. Bush yang dialihkan ke kawasan tersembunyi yang tidak dapat dilihat oleh pengunjung awam White House. Bagaimanapun potret Joe Biden pesaing Trump pada pilihan raya lalu masih belum disiapkan. Potret Obama kini tergantung di bahagian atas Grand Staircase, berhampiran kediaman peribadi…

Read More

Lima kakitangan Al Jazeera terbunuh

BANDARAYA GAZA – Dua wartawan adalah antara lima kakitangan Al Jazeera, yang terbunuh dalam satu serangan udara Israel yang menyasarkan khemah media berhampiran Hospital al-Shifa di Bandaraya Gaza. Serangan pada sebelah malam itu berlaku pada Ahad dan mencetuskan kecaman meluas terhadap tindakan Israel yang didakwa menyasarkan wartawan secara langsung. Menurut laporan Al Jazeera, serangan tersebut mengenai khemah yang digunakan oleh wartawan untuk melaporkan perkembangan konflik dari zon perang. Wartawan yang terbunuh adalah Anas al-Sharif dan Mohammed Qreiqeh serta jurukamera Ibrahim Zaher dan Mohammed Noufal, dan pembantu produksi Moamen Aliwa. Anas…

Read More