Anwar jemput ke Rumah Terbuka Aidilfitri

KUALA LUMPUR 25 April – Perdana Menteri Anwar Ibrahim menjemput orang ramai untuk hadir ke Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia MADANI bersama beliau di enam lokasi bermula bermula Sabtu ini.

Jemputan itu dikongsi Perdana Menteri menerusi catatan di Facebook dan Twitter beliau hari ini.

“Semua dijemput hadir memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia MADANI bersama YAB Perdana Menteri,” kata Anwar menerusi Facebook.

Rumah Terbuka Malaysia MADANI Bersama Perdana Menteri akan berlangsung di enam negeri yang akan mengadakan pilihan raya negeri (PRN) dijadualkan Julai atau Ogos selepas pembubaran enam DUN itu yang dijangka pada bulan Jun.

Rumah terbuka itu bermula di Kedah pada 29 April ini diikuti Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu dan Selangor.

Related posts

Leave a Comment