Potret mantan Presiden berubah kedudukan

WASHINGTON – Dilihat sebagai simbol ketegangan berterusan antara Donald Trump dan para pendahulunya, tiga potret bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) di White House berubah kedudukan dari lokasi utama ke kawasan tangga tersembunyi.

Menurut laporan CNN, ia melibatkan potret rasmi bekas Presiden Barack Obama, George W. Bush dan George H. W. Bush yang dialihkan ke kawasan tersembunyi yang tidak dapat dilihat oleh pengunjung awam White House.

Bagaimanapun potret Joe Biden pesaing Trump pada pilihan raya lalu masih belum disiapkan.

Potret Obama kini tergantung di bahagian atas Grand Staircase, berhampiran kediaman peribadi presiden, kawasan yang hanya boleh diakses oleh ahli keluarga presiden, ejen Secret Service dan kakitangan terpilih.

Potret kedua-dua Bush juga telah dipindahkan ke lokasi yang sama, melanggar tradisi White House yang menetapkan potret presiden terdahulu dipamerkan di ruang utama untuk tatapan tetamu dan pelawat rasmi.

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, Trump menuduh Obama dan pentadbirannya melakukan “pengkhianatan” berkaitan siasatan campur tangan Rusia dalam pilihan raya 2016.

Begitu juga ketegangan dengan keluarga Bush yang berlarutan selepas George H. W. Bush pernah menggelar Trump sebagai “blowhard” dan menyokong Hillary Clinton dalam pilihan raya 2016, manakala George W. Bush tidak menghadiri jamuan rasmi selepas pelantikan Trump pada 2025.

Related posts

Leave a Comment