DAP saran pendekatan nasihat, peringatan

BATU KAWAN 11 Ogos – DAP Batu Kawan kesal apabila insiden mengibar Jalur Gemilang dengan cara yang tidak berpandukan garis panduan tepat dipermainkan untuk tujuan politik yang mampu membawa kesan negatif kepada masyarakat umum.

Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Parlimen DAP Batu Kawan, Chow Kon Yeow berkata, terdapat pendekatan untuk mengatasi isu sedemikian dengan cara yang lebih humanistik dan keperimanusiaan.

“Misalnya, sesiapa atau mana-mana pihak yang melihat kejadian sedemikian berlaku, boleh memilih untuk memberi nasihat dan peringatan kepada pihak berkaitan supaya tindakan segera bagi membetulkannya dapat diambil,” katanya.

Tegasnya, pendekatan memberi nasihat dan peringatan bersesuaian bakal menyelesaikan masalah yang timbul dengan lebih harmoni, selari dengan semangat Malaysia Madani yang ingin memupuk semangat insaniah dalam masyarakat.

Sebaliknya, apa yang disaksikan hari ini, pihak tertentu mengambil gambar dan tularkan di platform media sosial yang menimbulkan pelbagai reaksi sehingga ahli-ahli politik dan orang awam membuat laporan polis supaya pelaku didakwa.

“Umumnya, tindakan sedemikian sebenarnya tidak menguntungkan mana-mana pihak terutamanya dalam memupuk perpaduan negara serta kalangan rakyatnya,” kata Kon Yeow yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Justeru jawatankuasa itu sebulat suara meluluskan usul menyeru pihak kerajaan, parti politik, pertubuhan bukan kerajaan dan masyarakat untuk menangani isu pengibaran Jalur Gemilang menerusi pendekatan yang relevan.

Ia sejajar dengan semangat Malaysia Madani yang menonjolkan elemen perpaduan serta cintakan negara terutama dalam menyemarakkan rasa bangga menjadi rakyat Malaysia.

DAP Batu Kawan juga memandang serius kepentingan mengibarkan Jalur Gemilang dengan cara yang betul sebagai manifestasi jati diri rakyat Malaysia yang merdeka dan mempunyai semangat patriotisme atau dalam erti kata lain rasa kecintaan terhadap negara.

Nnnnn

Related posts

Leave a Comment