Bendera terbalik dipasang OKU

SEREMBAN 3 Ogos  – Pekerja yang memasang Jalur Gemilang secara terbalik di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua, Port Dickson baru-baru ini merupakan orang kurang upaya (OKU) akal. Exco Perpaduan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lukut, Choo Ken Hwa (DAP) berkata, kesilapan pemasangan Jalur Gemilang itu bukanlah disengajakan dan beliau berharap agar ia tidak terus ditularkan. “Mohon mencelah sedikit, saya yang turun sendiri pada hari kejadian berlaku kerana saya menyelaras program antara ahli Lembaga Pengelola, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dengan pihak sekolah itu. “Hal ini…

Read More

Enam tingkah laku politik boleh jejas RMK13

KUALA LUMPUR 4 Ogos – Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) berisiko untuk tergendala sekiranya enam tingkah laku politik dan birokrasi yang berterusan tidak ditangani, kata Ahli Parlimen Pandan,  Rafizi Ramli. Bekas Menteri Ekonomi itu yang menyifatkan tingkah laku tersebut sebagai tabiat yang sudah berakar umbi jika tidak dikawal boleh menghalang pelan pembangunan lima tahun itu daripada mencapai kesan yang dihasratkan. Justeru katanya ketika membahaskan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat hari ini, adalah penting untuk kerajaan dan pembangkang, perkhidmatan awam dan rakyat mengamalkan pemikiran jangka panjang dan konsisten. Menurut Rafizi,…

Read More

RMK13: PN cadang jawatankuasa rentas parti

KUALA LUMPUR 4 Ogos – Ketua Pembangkang, Hamzah Zainuddin mencadangkan penubuhan satu jawatankuasa rentas parti bagi meneliti sasaran yang tidak dicapai dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12). Ahli Parlimen Larut itu berkata pada masa sama, jawatankuasa dianggotai wakil rakyat kerajaan dan pembangkang itu juga akan meneroka langkah pelaksanaan yang lebih berkesan bagi menjayakan RMK13 dan seterusnya. “Atas prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban, Yang Amat Berhormat (YAB) Tambun (merujuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan Jemaah Menteri harus ‘walk the talk’ (melaksanakan apa yang dijanji)… jelaskan kepada rakyat, apa sebenarnya berlaku (bagi…

Read More

Tahniah damaikan Thailand, Kemboja

KUALA LUMPUR 4 Ogos – Perikatan Nasional (PN) mengucapkan tahniah dan syabas atas peranan Malaysia dan Perdana Menteri Ibrahim dalam usaha mendamaikan Thailand dan Kemboja, sehingga gencatan senjata dicapai. Ketua Pembangkang,  Hamzah Zainuddin, berkata pembabitan Malaysia itu adalah usaha bagi memperkukuh kestabilan di rantau ASEAN, sekali gus membawa nama Malaysia terus kekal dihormati sebagai negara yang berdaulat. “Apa pun peranan yang dimainkan Yang Berhormat Tambun (Anwar Ibrahim) walaupun ada yang menyifatkan hanya sebagai tuan rumah (Pengerusi ASEAN), ia tetap menjadi peranan yang akan tersemat dalam lipatan sejarah. “Apa yang penting,…

Read More

Tubuh REENAS urus nadir bumi – PN

KUALA LUMPUR 4 Ogos – Perikatan Nasional (PN) mencadangkan penubuhan REE NationalCorporation (REENAS), sebuah syarikat milik negara sama seperti penubuhan Petronas yang menguruskan minyak. Ketua Pembangkang Hamzah Zainuddin berkata Reenas berperanan menguruskan unsur nadir bumi demi kepentingan negara dan negeri. “Lakukan segera dan berikan keadilan kepada negeri-negeri yang mempunyai unsur nadir bumi (REE). Inilah masanya untuk kerajaan YAB Tambun buktikan kata-kata Ibnu Khaldun dan Deng Xiaoping yang Tambun petik dalam konteks iltizam moral dan keadilan. Buktikannya melalui tindakan, bukan hanya sekadar retorik kata-kata supaya jurang trust defisit antara satu sama…

Read More

Sidang tergempar UNSC

NEW YORK – Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) akan mengadakan sesi tergempar berhubung isu tebusan di Gaza susulan rakaman dua tebusan ditahan Hamas, dilihat dalam keadaan kurus kering yang turut merujuk keadaan kemanusiaan parah di Gaza Duta Israel ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Danny Danon, semalam berkata ia susulan lonjakan kemarahan terhadap nasib mereka di wilayah dilanda kebuluran susulan peperangan. Israel mengenakan sekatan ketat terhadap kemasukan bantuan ke Gaza, manakala agensi PBB, kumpulan kemanusiaan dan penganalisis pula menyatakan sebahagian besar bantuan dibenarkan masuk Tel Aviv sudah dijarah atau diseleweng…

Read More

Menteri Israel ceroboh Al-Aqsa dikecam

ANKARA – Tindakan Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir menceroboh ke kawasan Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis Timur mendapat kecaman Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan beberapa negara Arab. Provokasi berulang Israel itu dikecam apabila, Ben-Gvir mengetuai sekumpulan besar pendatang Yahudi ke kompleks masjid itu awal pagi semalam, sempena sambutan perayaan Yahudi Tisha B’Av. OIC yang berpangkalan di Jeddah dalam kenyataannya menyifatkan tindakan Ben-Gvir sebagai sebahagian daripada usaha Israel untuk mengubah ‘status quo’ dan undang-undang Masjid Al-Aqsa. Pertubuhan itu turut menggesa masyarakat antarabangsa supaya segera mengambil tanggungjawab menghentikan pelanggaran serius Israel yang menyasarkan…

Read More