MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi

KUALA LUMPUR 16 April – Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kepala Batas akan dinamakan semula menjadi MRSM Tun Abdullah Badawi.

Pengerusi MARA, Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ia bagi mengenang jasa bekas Perdana Menteri kelima itu.

“Sebagai mengenang jasa Almarhum Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi), saya akan mendapatkan persetujuan Menteri (Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) untuk menamakan MRSM Kepala Batas kepada MRSM Tun Abdullah Badawi,” katanya di Facebook beliau hari ini.

Allahyarham Abdullah pernah menjadi Ahli Parlimen Kepala Batas dari 1978 hingga 2008.

Beliau meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada Isnin lalu dan selamat di disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara di sini pada pukul 2.30 petang, semalam.

Related posts

Leave a Comment