SYDNEY – Australia akan mengharamkan kanak-kanak bawah umur 16 tahun daripada menggunakan platform penstriman video YouTube untuk melindungi golongan itu daripada algortima pemangsa.
Menteri Komunikasi, Anika Wells yang mendedahkan empat daripada 10 kanak-kanak negara itu terdedah kepada kandungan berbahaya di YouTube, berkata, bagi tujuan itu undang-undang media sosial akan digunakan.
“Kita mahu kanak-kanak mengenali diri mereka terlebih dahulu, sebelum platform menentukan siapa mereka. Ada tempat untuk media sosial, tetapi tidak ada tempat untuk algoritma pemangsa yang menyasarkan kanak-kanak,” katanya.
Australia sebelum ini mengumumkan pihaknya sedang merangka undang-undang untuk melarang kanak-kanak menggunakan media social seperti Facebook, TikTok dan Instagram sehingga mereka mencecah umur 16 tahun.
Kerajaan pada awalnya memberi bayangan bahawa Youtube akan dikecualikan, memandangkan penggunaan yang meluas dalam bilik darjah.
Perdana Menteri, Anthony Albanese yang turut mengesahkan kanak-kanak bawah umur 16 tahun dilarang memiliki akaun Youtube menganggap ia tindakan wajar walaupun mengakui pelaksanaan had umur itu mungkin tidak sempurna seperti larangan terhadap alkohol, beliau menganggap ia sebagai langkah yang wajar.
“Mereka juga tidak akan dibenarkan mempunyai akaun Facebook, Instagram, Snapchat, TikTok dan X, serta beberapa platform lain. Kami mahu ibu bapa dan keluarga di negara ini tahu bahawa kami bersama mereka,” katanya.
