Senarai palsu calon Pas Kelantan tular

KOTA BHARUm7 Julai- Pas menafikan senarai nama calon parti itu bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan yang tular sejak semalam, kata Timbalan Presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau juga mengaku sudah melihat senarai nama yang tular berkenaan dan mengesahkan ianya tidak betul dan palsu.

” Senarai berkenaan tidak betul sama sekali. Biasalah kadang-kadang kita susah nak kawal media sosial yang terbuka sekarang. Jangan kata senarai nama, keputusan mengundi pun kadang-kadang keluar dahulu sebelum kira undi.

Namun saya sahkan senarai berkenaan tidak betul dan palsu. Kita tidak tahu apa motif maklumat yang tidak betul itu disebarkan,” katanya pada sidang media selepas Ceramah Mega Pakat Pertahan Parlimen Kubang Kerian, di sini, malam tadi.

Terdahulu, tular senarai nama yang dikatakan calon Pas dan Bersatu yang akan bertanding di PRN Kelantan pada bulan depan.

Menerusi senarai berkenaan, Pengerusi Muafakat Nasional (MN), Annuar Musa dikatakan, bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Melor manakala Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dikatakan, bertanding di DUN Kijang.

Menteri Besar, Ahmad Yakob dan Timbalannya, Mohd Amar Nik Abdullah dikatakan mempertahankan kerusi masing-masing iaitu DUN Pasir Pekan dan DUN Panchor.

Related posts

Leave a Comment