Kaitkan isteri tidak berasas – Mustapha

KUALA LUMPUR  – Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Mustapha Sakmud menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang cuba mengaitkan isterinya dengan insiden tragik membabitkan Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, baru-baru ini. Beliau menyifatkan tuduhan yang dilemparkan oleh Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam perbahasan Dewan Rakyat itu bukan saja tidak berasas, malah tidak mencerminkan akhlak seorang Muslim. “Ia bukan saja mengelirukan rakyat, malah mencemarkan reputasi individu yang tidak lagi terbabit dalam perkhidmatan awam,” kata Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi itu dalam satu kenyataan. Mustapha menjelaskan, isterinya, Cikgu Rosnih Nasir, adalah bekas Pengetua Sekolah…

Read More

Tiga bank dikenakan penalti lebih RM7 juta

KUALA LUMPUR 30 Julai  – Bank Negara Malaysia (BNM) mengenakan Penalti Monetari Pentadbiran (AMP) dengan jumlah keseluruhan melebihi RM7 juta terhadap tiga institusi kewangan. Ia melibatkan Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB), Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (BKRM) dan Bank Simpanan Nasional (BSN). Dalam kenyataannya, bank pusat itu memaklumkan, AMP berjumlah RM3.445 juta dikenakan ke atas BIMB berikutan ketidakpatuhan terhadap Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA) dan dokumen dasar berkaitan. Dokumen dasar berkaitan itu termasuklah Dokumen Dasar Pengurusan Risiko dalam Teknologi (RMiT PD) dan Dokumen Dasar Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan…

Read More

Gaduh: 4 murid digantung persekolahan

PUTRAJAYA 30 Julai – Kementerian Pendidikan (KPM) menggantung persekolahan empat murid dan mengeluarkan surat amaran kepada 14 yang lain susulan terbabit dalam pergaduhan hingga tular di media sosial. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, yang melawat sekolah berkenaan pagi ini bagi mendapatkan maklumat penuh kejadian berkata, KPM tidak berkompromi dengan isu yang boleh menjejaskan keselamatan institusi pendidikan. “Murid yang digantung sekolah akan mengikuti program khidmat masyarakat bawah kelolaan pejabat pendidikan daerah,” katanya dalam satu kenyataan melalui Facebooknya hari ini. Beliau memberitahu sesi kaunseling turut dilaksanakan sebagai intervensi untuk membimbing murid mengubah tingkah…

Read More

4,758 murid tercicir kembali ke sekolah

KUALA LUMPUR 30 Julai – Sistem Pengesanan Murid (SiPKPM) berjaya membawa 4,758 murid tercicir kembali ke sekolah bagi tempoh 10 Februari hingga hari ini, berbanding 2,708 murid pada 2024, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh. Beliau berkata ia sekali gus membuktikan pendekatan berasaskan data dan pemantauan berterusan mampu meningkatkan kadar kemasukan semula murid ke dalam sistem pendidikan negara. “Terkini, SiPKPM telah diintegrasikan dengan pengaplikasian kecerdasan buatan (AI) yang dapat meramal laluan pembelajaran dan juga laluan kerjaya murid berisiko cicir dan murid cicir yang berada di sekolah Kementerian Pendidikan (KPM)…

Read More

Britain beri kata dua kepada Israel

LONDON – Britain memberi akan mengiktiraf negara Palestin menjelang September ini sekiranya rejim Zionis Israel gagal menghentikan serangan di Gaza dan bersetuju terhadap pelan damai jangka panjang. Perdana Menteri Britain, Keir Starmer yang memberi kata dua itu pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet berkata, pengiktirafan terhadap Palestin adalah sebahagian usaha menyokong penyelesaian dua negara yang berimpak besar. Starmer mengulangi kenyataan sebelum ini bahawa pengiktirafan terhadap negara Palestin akan dilakukan apabila ia dapat menyumbang secara maksimum kepada proses damai yang sebenar. “Kini, saya sahkan, United Kingdom akan mengiktiraf negara Palestin di…

Read More

Umur bawah 16 dilarang guna YouTube

SYDNEY – Australia akan mengharamkan kanak-kanak bawah umur 16 tahun daripada menggunakan platform penstriman video YouTube untuk melindungi golongan itu daripada algortima pemangsa. Menteri Komunikasi, Anika Wells yang mendedahkan empat daripada 10 kanak-kanak negara itu terdedah kepada kandungan berbahaya di YouTube, berkata, bagi tujuan itu undang-undang media sosial akan digunakan. “Kita mahu kanak-kanak mengenali diri mereka terlebih dahulu, sebelum platform menentukan siapa mereka. Ada tempat untuk media sosial, tetapi tidak ada tempat untuk algoritma pemangsa yang menyasarkan kanak-kanak,” katanya. Australia sebelum ini mengumumkan pihaknya sedang merangka undang-undang untuk melarang kanak-kanak…

Read More