Harga minyak di negara ASEAN juga turun

KUALA LUMPUR 24 Julai – Pengumuman kerajaaan menurunkan harga minyak semalam tidak pelik susulan beberapa negara ASEAN lain termasuk Thailand sudah membuat keputusan sama beberapa minggu lalu.

Ketua Pembangkang, Hamzah Zainuddin berkata, banyak negara ASEAN menurunkan harga minyak minggu lepas atau beberapa minggu lalu sebab harga minyak dunia sudah turun.

Ahli Parlimen Larut yang juga Timbalan Presiden Bersatu itu berkata demikian pada sidang media, di Parlimen, hari ini.

Semalam, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan harga petrol RON95 akan diturunkan kepada RM1.99 seliter menjelang akhir September 2025 yang bakal beri manfaat kepada 18 juta rakyat termasuk belia dan pekerja gig.

Anwar turut memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana mengambil masa untuk menurunkan harga minyak RON95.

Sementara itu, Hamzah juga, mendesak proses pelantikan Ketua Audit Negara (KAN), Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi diperbetulkan kerana didakwa melanggar undang-undang, tidak bersifat bebas kerana KAN berkenaan masih bergelar penjawat awam ketika lantikannya dibuat.

“Ia menyebabkan dia tidak bebas kerana dia ada bos menyebabkan apa yang dibentangkan boleh dikompromi…itu kita kata susah. Tindakan sudah bermula, kita sudahpun utarakan perkara itu…kalau masih berlaku, maksudnya ada campur tangan,” katanya.

Semalam, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M Kulasegaran, menjelaskan pelantikan KAN boleh dilakukan dalam kalangan anggota perkhidmatan awam.

Beliau berkata, ia adalah berdasarkan Perkara 105 Perlembagaan Persekutuan yang dibaca bersama subperenggan 1(1) Jadual Pertama kepada Akta Audit 1957 (Akta 62) yang menyatakan KAN boleh dilantik dalam kalangan anggota perkhidmatan awam.

Atas dasar itu katanya, penyandang jawatan itu sekarang, Wan Suraya adalah sah berdasarkan Perlembagaan Persekutuan dan Akta 62.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment