Himpunan berarak, taklimat, doa

KUALA LUMPUR 24 Julai – Sekretariat perhimpunan di ibu negara pada Sabtu ini Himpunan turun Anwar memberi jaminan acara yang dijadualkan berlangsung tidak akan mencetuskan sebarang provokasi yang tidak diingini. Ketua Pemuda Perikatan Nasional, Afnan Hamimi Taib Azamudden, berkata setiap garis panduan yang sudah ditetapkan pihak berkuasa akan dipatuhi. Bercakap pada sidang media di sini, beliau memberi jaminan semua peserta akan menunjukkan tingkah laku yang baik dan menyertai aktiviti yang disediakan sahaja, tiada tindakan protes membakar atau merosakkan harta benda awam. “Pada hari itu, kita hanya akan berarak mengikut ‘check…

Read More

PN rujuk PM  ke Jawatankuasa Hak Kebebasan Parlimen.

KUALA LUMPUR 24 Julai – Perikatan Nasional (PN) hari ini mengemukakan usul merujuk Ahli Parlimen Tambun yang juga Perdana Menteri, Anwar Ibrahim kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen. Ketua Whip PN, Takiyuddin Hassan berkata, ia susulan kenyataan Anwar berhubung tindakan undang-undang terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai kes pulau Batu Puteh. Ahli Parlimen Kota Bharu itu berkata, kenyataan Anwar bahawa tiada tindakan undang-undang diambil ke atas Dr. Mahathir kerana faktor beliau merupakan bekas Perdana Menteri serta sudah berusia 100 tahun jelas mengelirukan Dewan Rakyat. Takiyuddin mengingatkan bahawa…

Read More

Harga minyak di negara ASEAN juga turun

KUALA LUMPUR 24 Julai – Pengumuman kerajaaan menurunkan harga minyak semalam tidak pelik susulan beberapa negara ASEAN lain termasuk Thailand sudah membuat keputusan sama beberapa minggu lalu. Ketua Pembangkang, Hamzah Zainuddin berkata, banyak negara ASEAN menurunkan harga minyak minggu lepas atau beberapa minggu lalu sebab harga minyak dunia sudah turun. Ahli Parlimen Larut yang juga Timbalan Presiden Bersatu itu berkata demikian pada sidang media, di Parlimen, hari ini. Semalam, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan harga petrol RON95 akan diturunkan kepada RM1.99 seliter menjelang akhir September 2025 yang bakal beri manfaat…

Read More

Wartawan Gaza kritikal, kebuluran

DOHA – Nasib wartawan di Gaza telah mencapai tahap kritikal, dengan ramai daripada mereka mempertaruhkan nyawa dalam keadaan kebuluran dan menjadi sasaran serangan. Justeru Al Jazeera Media Network merayu tindakan tegas diambil bagi menghentikan kebuluran paksa dan jenayah terhadap wartawan serta pengamal media di Gaza. Ketua Pengarahnya, Dr Mostefa Souag, berkata komuniti antarabangsa mesti bertindak segera untuk mengakhiri penderitaan yang ditanggung oleh wartawan di kawasan terkepung itu. Al Jazeera mendesak masyarakat kewartawanan, pertubuhan kebebasan akhbar, dan badan undang-undang berkaitan untuk bertindak segera sebelum terlambat. “Kita berhutang kepada wartawan berani di…

Read More

Gaza hadapi kematian secara perlahan’

GAZA – Sekurang-kurangnya 10 lagi rakyat Palestin mati kebuluran di Semenanjung Gaza yang dikepung, menjadikan angka yang terkorban akibat kekurangan zat makanan sejak perang Israel bermula pada Oktober 2023 meningkat kepada 111. Dalam tempoh 24 jam, Kementerian Kesihatan Gaza, memberitahu sekurang-kurangnya 100 rakyat Palestin termasuk  34 individu yang bertindak sebagai pencari bantuan dilaporkan maut. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, 21 kanak-kanak di bawah umur lima tahun adalah antara mereka yang meninggal dunia akibat kekurangan zat makanan setakat tahun ini. WHO tidak dapat menghantar sebarang makanan selama hampir 80 hari, antara…

Read More