Australia tutup sempadan hingga Jun

SYDNEY: Australia melanjutkan penutupan sempadan antarabangsa yang bermula sejak setahun lalu untuk sekurang-kurangnya tiga bulan lagi sehingga pertengahan Jun ini bagi membendung penularan koronavirus.

Menteri Kesihatan Greg Hunt berkata para pegawai kesihatan telah menasihati pemerintah bahawa “situasi Covid-19 di luar negara terus menimbulkan risiko kesihatan awam, termasuk kemunculan jenis varian yang lebih mudah berjangkit.

Justeru kawalan sempadan yang ketat akan berterusan sehingga 17 Jun.

Australia menutup sempadan antarabangsanya pada peringkat awal pandemik dan menyekat kemasukan kebanyakan pelawat asing kecuali dalam situasi tertentu.

Had juga dikenakan ke atas jumlah warga Australia yang dibenarkan pulang setiap minggu, menyebabkan puluhan ribu terkandas di luar negara.

Pelancong yang dibenarkan masuk ke negara itu mesti membelanjakan ribuan dolar untuk selesai menjalani kuarantin di hotel selama 14 hari sejurus ketibaan mereka.

Australia lebih berjaya mengawal penularan Covid-19 dengan hanya kurang daripada 29,000 kes yang disahkan dalam kalangan 25 juta penduduk dan dengan sekatan-sekatan, virus kini dikurangkan.

Related posts

Leave a Comment