Tunggu pengumuman 10.30 pagi Rabu

KUALA LUMPUR 22 Julai – Sah, esok Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan mengumumkan penghargaan kepada rakyat Malaysia seperti yang dijanjikan sebelum ini. “Esok saya akan umumkan penghargaan yang dijanjikan sebagai tanda keprihatinan Kerajaan Madani kepada rakyat Malaysia yang sentiasa teguh bersama dalam setiap langkah reformasi,” katanya melalui hantaran di Facebooknya. Beliau dijadualkan mengumumkan penghargaan itu pada pukul 10.30 pagi yang boleh diikuti melalui siaran media RTM, Bernama, Media Prima, Astro Awani, tvs, TvAlhijrah, dan facebook. “Moga pengumuman ini membawa manfaat buat rakyat terbanyak dan menjadi cerminan usaha kita bersama untuk…

Read More

Batu Puteh: Tiada tindakan, Dr Mahathir sudah berumur

KUALA LUMPUR –  Kabinet memutuskan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu Batu Puteh atas faktor umurnya yang kini mencecah 100 tahun. Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun menegaskan, kerajaan berpendirian Dr Mahathir tetap bersalah kerana keputusan beliau sebagai Perdana Menteri pada 2018 yang melepaskan Batu Puteh dengan begitu mudah kepada Singapura. “Kita ambil keputusan kerana ia melibatkan  mantan Perdana Menteri, yang umurnya 100 tahun. Apakah dia tidak salah? Dia salah. Apakah perlu ambil tindakan? Saya di Jemaah Menteri, saya bersetuju jangan ambil…

Read More

Dana ke Gaza ada tetapi masih terhalang

KUALA LUMPUR 22 Julai – Malaysia mengambil pelbagai inisiatif termasuk memohon bantuan dan kerjasama Mesir, Qatar dan Jordan bagi menyalurkan bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin di Gaza, kata  Anwar Ibrahim. Bagaimanapun kata Perdana Menteri, usaha tersebut terhalang apabila terdapat ratusan lori yang membawa muatan makanan tersekat di sempadan masuk sehingga ada barangan yang rosak. Menjawab soalan tambahan Doris Sophia Brodi (GPS–Sri Aman) beliau juga menjelaskan bahawa Malaysia masih mempunyai keupayaan dana untuk terus menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza. “Kita masih mempunyai kelengkapan, dana dan kemudahan. Beberapa kali saya mohon kerjasama…

Read More

Iran teruskan program nuklear

WASHINGTON – Iran tidak akan menghentikan program nuklearnya, termasuk proses pengayaan uranium walaupun loji berkaitan mengalami kerosakan serius akibat serangan udara Amerika Syarikat (AS) bulan lalu. Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, bagaimanapun berkata, buat masa ini, kegiatan untuk mempertingkatkan kandungan uranium itu terpaksa dihentikan buat sementara susulan kerosakan teruk yang dialami. “Sudah tentu kami tidak boleh menyerahkan begitu sahaja usaha ini kerana ia adalah hasil kejayaan saintis kami sendiri,” katanya, yang menyifatkan pencapaian itu sebagai satu kebanggaan negara. Beliau menyatakan komitmen itu ketika rancangan temu bual ‘Special Report with Bret…

Read More

Israel serang kemudahan WHO di Gaza

GAZA – Beberapa kemudahan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) diserang tentera Israel yang kini memperluaskan operasi ketenteraan ke bandar Deir el-Balah, tengah Gaza, kata Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus. Beliau berkata Pasukan Pertahanan Israel (IDF) memasuki kediaman kakitangan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu,  memaksa wanita dan kanak-kanak keluar berjalan kaki, manakala kakitangan lelaki digari, dibogelkan dan disoal siasat sambil senjata diacukan ke arah mereka. Tedros turut mengecam serangan terhadap gudang utama WHO di Deir el-Balah dan menyatakan sokongan terhadap gesaan gencatan senjata yang bukan sahaja perlu tetapi sudah…

Read More