KUALA LUMPUR 22 Julai – Sah, esok Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan mengumumkan penghargaan kepada rakyat Malaysia seperti yang dijanjikan sebelum ini.
“Esok saya akan umumkan penghargaan yang dijanjikan sebagai tanda keprihatinan Kerajaan Madani kepada rakyat Malaysia yang sentiasa teguh bersama dalam setiap langkah reformasi,” katanya melalui hantaran di Facebooknya.
Beliau dijadualkan mengumumkan penghargaan itu pada pukul 10.30 pagi yang boleh diikuti melalui siaran media RTM, Bernama, Media Prima, Astro Awani, tvs, TvAlhijrah, dan facebook.
“Moga pengumuman ini membawa manfaat buat rakyat terbanyak dan menjadi cerminan usaha kita bersama untuk membina masa depan yang lebih adil dan sejahtera,” katanya.
Anwar sebelum ini dilaporkan berkata, beliau akan mengumumkan penghargaan luar biasa kepada rakyat Malaysia sama ada semalam (Isnin), Selasa atau Rabu.
Katanya, beliau memerlukan sedikit masa untuk meneliti pengumuman terbabit susulan pemukiman Kerajaan Perpaduan di Port Dickson, Negeri Sembilan.
Nnnn
