Akan datang…nantikan

PUTRAJAYA  14 Julai – Nantikan. Itu sahaja mesej yang disertakan bersama satu poster yang dimuat naik di Laman Facebook Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini. Poster itu antara lain tertera mengenai sesuatu yang akan diumumkan sebagai suatu penghargaan luar biasa untuk rakyat Malaysia. “Akan datang, suatu penghargaan luar biasa untuk rakyat Malaysia. Bersama Malaysiaku,” demikian ayat tertera pada poster itu Tiada kenyataan lanjut berkaitan poster itu kecuali mukadimahnya Menteri Kewangan itu mengajak orang ramai menantikan pengumuman itu. Bagaimanapun pelbagai komen positif, negatif malahan sindiran dilontarkan sebagai reaksi balas…

Read More

“Ambil peduli kerana ini negara saya”

PUTRAJAYA 14 Julai – Mantan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menjelaskan beliau mengambil berat tentang apa yang jadi pada negara ini kerana sayangkan negara ini sehingga hujung nyawa dan tidak ada lagi tempat lain untuk pergi. Dalam satu hantaran melalui Facebooknya malam ini Dr Mahathir dalam catatan bertajuk 𝗞𝗘𝗡𝗔𝗣𝗔? berkata, ada yang bertanya kenapa beliau ambil berat tentang apa yang jadi pada negara ini. “Jawapan saya kenapa pula saya tak patut ambil peduli?. Saya orang Malaysia. Saya orang Melayu. Ini negara saya,” katanya. Berikut teks penuh kenyataan itu. 𝗞𝗘𝗡𝗔𝗣𝗔? 1.…

Read More

Hadir pertahan kebebasan badan kehakiman

PUTRAJAYA 14 Julai  – Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menggesa siasatan dijalankan terhadap dakwaan wujud campur tangan dalam sistem kehakiman, selain isu kebocoran dokumen minit mesyuarat Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman (JAC). Katanya, dakwaan itu yang diperkuatkan lagi dengan laporan polis yang dibuat perlu disiasat dengan telus bagi mengekalkan kepercayaan rakyat terhadap institusi kehakiman negara. “Siasatan boleh dimulakan di bawah Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan dengan menubuhkan tribunal bebas yang terdiri daripada sekurang-kurangnya lima orang hakim kanan. Langkah ini akan membantu memperkukuh kepercayaan umum terhadap sistem dan institusi negara kita,” katanya dalam…

Read More

Dua varieti baharu padi MR CL3 dan MR CL4

PASIR SALAK 16 Julai – Dua varieti baharu padi, MR CL3 dan MR CL4 diperkenalkan hasil kerjasama strategik antara Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan BASF (Malaysia) Sdn Bhd sejak 20 tahun lepas. Dua varieti baharu padi itu adalah untuk menangani isu berkaitan padi angin, dan merupakan padi yang dibiakkan khusus untuk mempunyai ciri rintangan terhadap racun rumpai imidazolinone. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu berkata, MR CL3 dan MR CL4 mempunyai kelebihan matang lebih awal iaitu selama 99 hari dengan potensi hasil melebihi tujuh tan sehektar.…

Read More

Siasat dakwaan integriti hakim dilantik

KUALA LUMPUR 14 Julai – Dakwaan mengenai integriti seorang hakim perlu disiasat dan diperbetulkan supaya rakyat terus yakin terhadap badan kehakiman sebagai penegak keadilan, kata Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin. Beliau berkata, hakim mestilah seorang yang berintegriti kerana tugas dan tanggungjawabnya amat berat kerana keputusannya boleh menentukan kebebasan atau hidup mati seseorang. “Seorang hakim yang berintegriti akan membuat keputusan berlandaskan undang-undang dan keadilan tanpa rasa takut atau pilih kasih (without fear or favour). Keadilan tertegak apabila mahkamah bebas dan hakim berintegriti,” katanya. Beliau bimbang sekiranya integriti tidak lagi menjadi…

Read More

JAC: Kerajaan wajar beri penjelasan

KUALA LUMPUR 14 Julai – Ahli Parlimen Subang dari PKR, Wong Chen berkata kerajaan wajar untuk memberi penjelasan berhubung pendedahan dokumen sulit berkaitan minit mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) yang tular sejak semalam. Katanya, kerajaan tidak boleh berdiam diri kerana dokumen yang hingga kini tidak disahkan oleh mana-mana pihak boleh dianggap benar sekiranya tiada sebarang penjelasan lanjut daripada kerajaan. “Kita sudah baca (dokumen didedahkan oleh Reddit.com), kalau baca baik-baik, memang institusi kehakiman kita memang tercabar. Selagi kerajaan tidak kata ini semua tipu kita anggap betullah. Kalau betul kita ada masalah…

Read More

Terbunuh ketika mengambil air

BAITULMUQADDIS – Sekurang-kurangnya lapan penduduk Palestin, kebanyakannya kanak-kanak, terbunuh dan puluhan lagi cedera terkena serangan peluru berpandu Israel ketika mengambil air di kem pelarian Nuseirat, Gaza semalam. Tentera Pertahanan Israel (IDF) yang kesal dengan kejadian itu berkata peluru berpandu berkenaan disasarkan ke tempat lain tetapi berlaku kerosakan dan jatuh beberapa puluh meter dari sasaran. Doktor kecemasan di Hospital Al-Awda, Dr Ahmed Abu Saifan berkata, serangan itu membedil satu pusat pengagihan air di kem pelarian Nuseirat, yang mengorbankan enam kanak-kanak dan mencederakan 17 yang lain. Kekurangan air di Gaza semakin meruncing…

Read More

Jordan hantar konvoi 50 trak makanan

AMMAN – Pertubuhan Kebajikan Bani Hashim Jordan (JHCO) menghantar konvoi 50 trak yang membawa bekalan makanan ke Semenanjung Gaza, di tengah krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di Wilayah Palestin itu.. Menurut kenyataan JHCO, ia dilaksanakan dengan kerjasama Angkatan Tentera Jordan serta Program Makanan Sedunia (WFP). Bantuan ini disasarkan ke utara Gaza, di kawasan penduduk menghadapi kekurangan barangan asas yang teruk akibat gangguan rantaian bekalan dan konflik yang berterusan. Satu penghantaran berasingan turut membawa 3,000 unit darah ke hospital medan Jordan di Gaza bagi menangani kekurangan bekalan darah yang kritikal. Menurut…

Read More