PUTRAJAYA 14 Julai – Nantikan. Itu sahaja mesej yang disertakan bersama satu poster yang dimuat naik di Laman Facebook Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini.
Poster itu antara lain tertera mengenai sesuatu yang akan diumumkan sebagai suatu penghargaan luar biasa untuk rakyat Malaysia.
“Akan datang, suatu penghargaan luar biasa untuk rakyat Malaysia. Bersama Malaysiaku,” demikian ayat tertera pada poster itu
Tiada kenyataan lanjut berkaitan poster itu kecuali mukadimahnya Menteri Kewangan itu mengajak orang ramai menantikan pengumuman itu.
Bagaimanapun pelbagai komen positif, negatif malahan sindiran dilontarkan sebagai reaksi balas terhadap poster berkenaan.
Ada yang memberi komen, bantuan kewangan yang mungkin (diberi dalam) bentuk bantuan tunai tambahan atau insentif rakyat; pengumuman ekonomi seperti penurunan cukai, subsidi atau inisiatif perumahan.
Penghargaan Nasional seperti program khas Hari Kebangsaan atau pengiktirafan golongan tertentu; pelancaran program baharu berkaitan pendidikan, kesihatan atau pekerjaan.
Nnnn
