PUTRAJAYA 14 Julai – Mantan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menjelaskan beliau mengambil berat tentang apa yang jadi pada negara ini kerana sayangkan negara ini sehingga hujung nyawa dan tidak ada lagi tempat lain untuk pergi.
Dalam satu hantaran melalui Facebooknya malam ini Dr Mahathir dalam catatan bertajuk 𝗞𝗘𝗡𝗔𝗣𝗔? berkata, ada yang bertanya kenapa beliau ambil berat tentang apa yang jadi pada negara ini.
“Jawapan saya kenapa pula saya tak patut ambil peduli?. Saya orang Malaysia.
Saya orang Melayu. Ini negara saya,” katanya.
Berikut teks penuh kenyataan itu.
𝗞𝗘𝗡𝗔𝗣𝗔?
1. Saya ditanya kenapa saya terlalu ambil berat tentang apa yang jadi pada negara ini, Malaysia.
2. Maksud mereka, kenapa saya tak bersara shaaja. Saya ni dah tua. Biar orang muda ambil alih.
3. Jawapan saya — kenapa pula saya tak patut ambil peduli?
4. Saya orang Malaysia.
5. Saya orang Melayu.
6. Ini negara saya.
7. Saya lahir di sini.
8. Saya membesar di sini.
9. Dan saya banyak dapat manfaat daripada negara ni.
10. Tentulah saya ini tak bersyukur kalau saya tak ambil kisah langsung pasal negara yang dah bagi saya kehidupan yang selamat dan terjamin.
11. Negara ini hebat.
12. Iklimnya amat baik.
13. Tanahnya subur.
14. Kaya dengan bermacam hasil galian.
15. Bagi saya, ianya menawar pelbagai.
16. Dan banyak sudahpun tertunai.
17. Ia boleh beri lebih lagi.
18. Kalau kita tahu macam mana nak buat.
19. Ini negara saya.
20. Saya tak ada tempat lain nak pergi.
21. Sebab tu saya sayang negara ni.
22. Dan saya akan sayang sampai hujung nyawa.
23. Itu jawabnya.
24. Itu sebab saya tunjuk perasaan ambil berat, secara aktif, terhadap kesejahteraan Malaysia — negara saya.
P.S. Saya tak lupa, bahawa di dunia ini ada orang lain yang tidak ada negara, tak ada tanah yang mereka boleh panggil tanah mereka sendiri.
DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
14 Julai 2025
