Bersatu Pagoh lulus usul hapuskan SST

MUAR 6 Julai – Persidangan Bersatu Bahagian Pagoh meluluskan usul supaya kerajaan menghapuskan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bagi mengurangkan tekanan kos sara hidup yang sedang dihadapi rakyat. Ketua Bersatu Bahagian Pagoh, Muhyiddin Yassin, berkata usul berkait SST adalah agenda utama dibangkitkan pada persidangan kali ini, selain isu pendidikan dan penjelasan mengenai perjanjian pembangunan wilayah Laut Sulawesi. Beliau berkata, semua usul dibangkitkan pada persidangan bahagian itu telah diluluskan sebulat suara selepas dibahas oleh perwakilan masing-masing. “Cadangan memansuhkan cukai SST adalah perlu kerana ia membebankan rakyat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan…

Read More

PRU16: BN yakin kerjasama dengan PH

GOPENG 6 Julai – Barisan Nasional (BN) yakin kerjasama yang terjalin bersama Pakatan Harapan (PH) mampu mengekalkan kemenangan di kerusi-kerusi yang dimenangi pada pilihan raya umum lalu, kata Pengerusinya,  Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata, keyakinan itu disandarkan kepada prestasi cemerlang BN dalam dua Pilihan Raya Kecil (PRK) yang lalu, iaitu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota di Johor dan Ayer Kuning di Perak. Katanya , sebagai contoh, di DUN Mahkota, pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), BN menang dengan majoriti 5,166 undi tetapi, hasil kerjasama erat dengan PH pada…

Read More

Tunjuk kekesalan jika mahu kembali

MANJUNG 6 Julai – Mana-mana ahli yang digantung atau dilucut keahlian perlu menunjukkan kekesalan dan komitmen terhadap perjuangan sekiranya mahu kembali menyertai parti, kata Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata pendekatan berhati-hati dan berhemah perlu diambil dalam menangani mereka yang sebelum ini mengkritik parti atau meninggalkan UMNO dalam keadaan mencetuskan kontroversi. “Pendekatan kita mestilah berlandaskan kebijaksanaan. Jika tidak, mustahil bagi mereka yang digantung atau bukan lagi ahli UMNO kembali bersama kita,” katanya berucap pada Mesyuarat UMNO Bahagian Lumut di Dewan Merdeka di sini, hari ini. Hadir sama, Pengerusi…

Read More

Lawatan ke Perancis jana potensi pelaburan RM8.13 bilion

KUALA LUMPUR 6 Julai –  Selepas berjaya meraih potensi pelaburan RM8.13 bilion di Itali, misi perdagangan dan pelaburan di Perancis pula berjaya menjana potensi pelaburan bernilai RM4 bilion dan potensi eksport RM675 juta. Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), berkata misi yang diketuai oleh Perdana Menteri,  Anwar Ibrahim itu bertemu 40 wakil sektor perindustrian Perancis. Beberapa syarikat menyatakan hasrat melabur dalam pembuatan berteknologi tinggi, aeroangkasa, tenaga boleh baharu, pelancongan dan hospitaliti, ekonomi digital serta infrastruktur mampan. Memetik laporan Bernama, MITI berkata bagi potensi eksport, RM675 juta dijana untuk sektor berimpak…

Read More

Trump mahu tegas terhadap Netanyahu

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, akan menjadi tuan rumah kepada Perdana Menteri , Benjamin Netanyahu, di Rumah Putih esok bagi mendesak pemimpin Israel itu menamatkan peperangan dengan Hamas di Gaza. Trump berikrar akan bersikap tegas terhadap Netanyahu ketika beliau berusaha memanfaatkan momentum daripada gencatan senjata antara Iran dan Israel untuk memastikan rundingan gencatan senjata dapat dicapai di Gaza yang musnah teruk. “Kita perlu selesaikannya. Kita perlu lakukan sesuatu mengenai Gaza,” kata Trump kelmarin. Menurut Trump, Israel bersetuju menghentikan pertempuran selama 60 hari, manakala Hamas memberi maklum balas…

Read More

Elon Musk tubuh parti baharu

WASHINGTON – Elon Musk, bekas penasihat rapat Presiden Donald Trump, mengumumkan penubuhan Parti Amerika semalam (Sabtu) untuk mencabar sistem satu parti di Amerika Syarikat (AS). Penubuhan parti itu selepas Rang Undang-undang cukai dan perbelanjaan, ‘One Big Beautiful Bill’ yang ditentang Musk diluluskan Kongres sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-249 negara itu. Musk, individu terkaya di dunia dan penyumbang dana politik terbesar Trump dalam pilihan raya tahun lalu bertikam lidah dengan Trump selepas mengetuai usaha Republikan untuk mengurangkan perbelanjaan dan memotong jumlah kakitangan kerajaan ketika mengetuai Jabatan Kecekapan Kerajaan. “Apabila berkaitan muflis…

Read More