PRU16: BN yakin kerjasama dengan PH

GOPENG 6 Julai – Barisan Nasional (BN) yakin kerjasama yang terjalin bersama Pakatan Harapan (PH) mampu mengekalkan kemenangan di kerusi-kerusi yang dimenangi pada pilihan raya umum lalu, kata Pengerusinya,  Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, keyakinan itu disandarkan kepada prestasi cemerlang BN dalam dua Pilihan Raya Kecil (PRK) yang lalu, iaitu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota di Johor dan Ayer Kuning di Perak.

Katanya , sebagai contoh, di DUN Mahkota, pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), BN menang dengan majoriti 5,166 undi tetapi, hasil kerjasama erat dengan PH pada PRK lalu, BN berjaya meningkatkan majoriti kepada 20,648 undi.

“Siapa yang bantu? Sudah tentu rakan-rakan kita dalam PH. Begitu juga di Ayer Kuning, daripada 2,213 undi pada PRU15, kita berjaya meraih majoriti 5,006 undi dalam PRK.Ini fakta yang perlu diambil serius,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Gopeng, di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi UMNO Perak,  Saarani Mohamad dan Ketua UMNO Bahagian Gopeng, Hang Tuah Din.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata kerjasama bersama PH itu seharusnya dijadikan panduan dan renungan oleh pimpinan dan akar umbi.

Ini memandangkan strategi seumpamanya dilihat ampuh dan bersesuaian untuk mengekalkan kuasa sedia ada.

“Kita tak boleh sombong, angkuh dan bongkak untuk pergi solo. Ini hakikat sekarang dan dengan cara ini juga kita boleh kembali dominan dalam arena politik negara,” katanya.

Sementara itu ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lumut 2025, Ahmad Zahid berkata, UMNO tidak akan bertanding secara solo pada PRU16 sebaliknya kekal bersama BN sebagai wadah perjuangan politik parti itu.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata UMNO akan terus menggunakan lambang dacing yang sinonim dengan BN pada pilihan raya akan datang tanpa mengenepikan rakan-rakan komponen lain, termasuk MIC, MCA, Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) serta Pakatan Harapan (PH).

Beliau turut menafikan kekalahan UMNO dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini berpunca daripada kerjasama parti itu dengan BN dan PH.

“Desakan supaya UMNO bertanding secara solo bukan perkara baharu. Ia turut disuarakan semalam ketika saya berada di Johor, sama seperti yang dilaungkan di Kedah.

Terdapat resolusi daripada beberapa bahagian yang seolah-olah menyalahkan kehadiran rakan-rakan gabungan dalam BN dan PH sebagai punca kekalahan kita.

“Tetapi hakikatnya, UMNO tidak pernah bertanding secara bersendirian sejak ditubuhkan,” katanya

Turut hadir, Saarani Mohamad dan Ketua UMNO Bahagian Lumut Dr Zambry Abd Kadir.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment