ROM 3 Julai – Lawatan kerja Perdana Menteri, Anwar Ibrahim ke Itali, yang berakhir hari ini berpotensi meraih pelaburan berjumlah RM8.13 bilion dalam beberapa sektor termasuk petrokimia, jentera dan peralatan, Potensi pelaburan turut diraih melalui sektor elektrik dan elektronik (E&E), perkhidmatan dan peralatan minyak serta gas manakala potensi eksport yang dijana berjumlah RM425 juta bagi produk oleokimia, suapan biobahan api, aditif makanan ternakan dan makanan. Anwar yang juga Menteri Kewangan, memberitahu, sepanjang lawatan tersebut, beliau telah mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatnya, Giorgia Meloni dan Timbalan Perdana Menteri, Antonio…
Read MoreDay: July 3, 2025
1.5 juta perniagaan berdaftar, 39 peratus Bumiputera
JOHOR BBAHRU3 Julai – Hanya 39 peratus atau 585,000 daripada 1.5 juta perniagaan yang berdaftar di negara ini diusahakan usahawan Bumiputera, kata Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (Mara), Zulfikri Osman. Daripada 39 peratus itu, katanya, kira-kira 80 peratus membabitkan perusahaan mikro dengan pendapatan tidak melebihi RM300,000 setahun dan jumlah berkenaan dilihat masih kecil berbanding jumlah perniagaan berdaftar di Malaysia. Katanya jumlah itu adalah data terbaharu Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), sekali gus memperlihatkan peranan penting agensi kerajaan termasuk Mara dalam membantu memperkasakan ekonomi usahawan Bumiputera. Mara akan mengambil tanggungjawab meningkatkan jumlah…
Read MoreSiasatan di Putra Heights bebas, telus
SEPANG 3 Julai – Laporan bencana letupan paip gas di Putra Heights, Subang Jaya pada 1 April lalu dilaksanakan secara bebas dan telus tanpa sebarang campur tangan daripada mana-mana pihak, kata Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari. Beliau menjelaskan, Kerajaan Negeri juga tidak terbabit dalam siasatan insiden berkenaan yang dijalankan pihak berkuasa dengan memanggil seramai 212 individu sebagai saksi. “Kita tidak bolehlah anggap semua benda ini (kononnya) ada orang yang mengganggunya. Persepsi (sebegitu) tidak boleh kerana perlu dibuktikan secara tepat dan dibuktikan secara saintifik,” katanya. Beliau mendakwa terdapat pihak yang mempertikai…
Read MoreLuar biasa dalam sejarah perundangan negara
PN anggap luar biasa dalam sejarah perundangan negara KUALA LUMPUR 3 Julai- Perikatan Nasional (PN) mendesak Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberi penjelasan segera kepada rakyat mengenai kelewatan pelantikan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan Ketua Whip Ahli Parlimen PN Takiyuddin Hassan juga meminta Perdana Menteri menafikan secara terbuka sebarang niat untuk campur tangan dalam kebebasan kehakiman. PN juga meminta Perdana Menteri menyegerakan proses pelantikan tetap bagi Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan mengikut lunas Perlembagaan dan kelaziman konstitusional. Katanya, PN memandang serius dan dukacita terhadap perkembangan terkini dalam…
Read MoreHasnah jalan tugas Ketua Hakim Negara
PUTRAJAYA 3 Julai – Hakim Besar Malaya, Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim akan menjalankan kuasa dan tugas jawatan Ketua Hakim Negara sehingga jawatan itu diisi, demikian menurut kenyataan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan. Ia adalah selaras Perkara 131A Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan Seksyen 9 (1) (b) dan seksyen 9 (3) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 [Akta 91]. Menurut kenyataan itu, pelaksanaan tugas itu turut merangkumi fungsi Ketua Hakim Negara di bawah Perlembagaan sehingga jawatan tersebut diisi. Kenyataan itu berkata, Badan kehakiman Malaysia sentiasa kekal teguh dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai penjaga keadilan…
Read MoreBerita pilihan…
20 negeri di AS saman Trump
LOS ANGELES – California, yang mengetuai gabungan 20 negeri memfailkan saman terhadap pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, berhubung kebocoran maklumat peribadi rakyat. Negeri terbabit ialah Arizona, Colorado, Connecticut, Delaware, Hawaii, Illinois, Massachusetts, Maine, Maryland, Michigan, Minnesota, Nevada, New Jersey, New Mexico, New York, Oregon, Rhode Island, Vermont dan Washington. Saman setebal 59 muka surat itu difailkan di Mahkamah Daerah AS bagi Daerah Utara California. Setiausaha Kesihatan dan Perkhidmatan Kemanusiaan Robert F Kennedy Jr, Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri Kristi Noem dan jabatan mereka dinamakan sebagai defendan. Pentadbiran Trump didakwa…
Read MoreIsrael ikrar hapuskan Hamas
BAITULMUQADDIS 3 Julai – Israel kekal berikrar mahu menghapuskan kumpulan pejuang Hamas walaupun Amerika Syarikat (AS) mengemukakan cadangan gencatan senjata baharu selama 60 hari di Gaza. Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu menegaskan, peluang menghapuskan Hamas itu merangkumi usaha menewaskan ‘musuh dan menjamin masa depan daripada segi ekonomi, kenegaraan, antarabangsa dan tenaga’. “Tiada lagi Hamas atau Hamastan. Kita tidak akan kembali kepada keadaan lama itu. Ia sudah berakhir. Kita akan membebaskan semua tebusan kita. Betulkah? Bagaimana saya mampu kata begitu? Ini adalah dua matlamat bercanggah!’ Tidak masuk akal. Namun, ia boleh dilaksanakan…
Read More