PARIT 22 Jun – Kepemimpinan Abdul Hadi Awang sebagai Presiden Pas masih diperlukan di sebalik pandangan ada kewajaran menggantikan beliau berikutan faktor kesihatan dan demi peremajaan parti. Timbalan Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata pandangan, idea dan kepemimpinan Abdul Hadi masih diperlukan oleh parti di sebalik kejayaan Pas yang disifatkan paling cemerlang di bawah kepemimpinan beliau Katanya, tiada sebab untuk Abdul Hadi berundur termasuk mengambil alih peranan lain seperti penasihat selepas Pas menawan 34 kerusi Parlimen dan mentadbir beberapa negeri pada Pilihan Raya Umum (PRU) dan Pilihan Raya Negeri (PRN)…
Read MoreDay: June 22, 2025
PDRM tegur kesilapan, Sinar Harian mohon maaf
KUALA LUMPUR 22 Jun – Ketua Polis Negara (KPN) yang baharu dilantik, Mohd Khalid Ismail tidak pernah menjadi ahli mahupun memegang sebarang jawatan dalam mana-mana parti politik. Justeru Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu kenyataan memandang serius kesalahan laporan yang diterbitkan oleh sebuah akhbar Sinar Harian yang mengaitkan Mohd Khalid sebagai ahli kepada parti politik. Setiausaha PDRM, Senior Asisten Komisioner Kamaruzaman Abdulla berkata, laporan berkenaan adalah tidak benar, mengeliru dan mencetuskan persepsi yang salah, sekali gus menimbulkan keraguan terhadap kredibiliti pasukan keselamatan negara. “PDRM juga menegur keras kecuaian media berkenaan…
Read MoreMalaysia bimbang peningkatan Islamofobia
KUALA LUMPUR 22 Jun – Malaysia bimbang terhadap peningkatan Islamofobia dan memberi amaran bahawa normalisasi sentimen anti-Islam semakin digunakan untuk mewajarkan serangan terhadap umat Islam di seluruh dunia. Menteri Luar, Mohamad Hasan, berkata insiden diskriminasi dan serangan terhadap umat Islam mencapai tahap yang belum pernah berlaku sebelum ini. Ketika menyampaikan kenyataan Malaysia pada Mesyuarat Majlis Menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke-51 di Istanbul, Turkiye, beliau berkata, penormalan Islamofobia menjadi justifikasi utama bagi jenayah Israel terhadap Palestin dan Iran, serta penindasan umat Islam di beberapa negara. Mesyuarat CFM selama dua…
Read MoreRindu Tanah Suci
IBADAH Haji 2025 (1446H) sudah berakhir tanpa sebarang insiden. Jemaah dari seluruh pelusuk dunia mula meninggalkan Makkah atau Madinah. Pastinya mereka meninggalkan dua kota suci dengan harapan akan kembali lagi. Walaupun kembali bukan untuk ibadah haji, setiap jemaah tetap berdoa agar mereka dijemput lagi walaupun sekadar umrah dan ziarah. Apa yang pasti, rata-rata jemaah akan merindui sesuatu yang ditinggalkan bukan sekadar Baitullah dan Raudhah, tetapi juga merindui jalinan ukhwah yang terjalin, yang tidak mengenal batas usia, pangkat atau profesionalisme. Bagi menyambut kepulangan jemaah khususnya yang menyertai pakej Andalusia Travel &…
Read MoreBerita pilihan….
Tindakan AS berisiko cetus kesan buruk
NEW YORK – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, memberi amaran konflik yang berisiko menjadi tidak terkawal, dengan kesan buruk yang besar terhadap orang awam dan rantau Asia Barat susulan tindakan ketenteraan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran. Guterres yang melahirkan kebimbangan mendalam terhadap tindakan AS itu menyeru semua negara agar menurunkan ketegangan dan menyelesaikan konflik melalui diplomasi, bukan kekerasan. “Saya menyeru semua negara anggota untuk menurunkan ketegangan dan mematuhi tanggungjawab mereka di bawah Piagam PBB serta undang-undang antarabangsa,” katanya yang menyifatkan konflik itu sebagai satu eskalasi berbahaya…
Read MoreTrump serang Iran tanpa restu Kongres?
WASHINGTON – Tindakan Presiden Amerika Syarikat ( AS) Donald Trump melancarkan serangan udara ke atas Iran mencetuskan perdebatan hangat mengenai kuasa perlembagaan dan pembabitan ketenteraan AS di luar negara. Seorang ahli Kongres Amerika Syarikat (AS) mendakwa Trump telah melancarkan serangan udara itu tanpa kebenaran rasmi daripada Kongres. Kenyataan itu dibuat selepas Trump mengumumkan bahawa pesawat pengebom B-2 telah menggugurkan “muatan penuh bom” ke atas tiga tapak nuklear utama Iran – Fordo, Natanz dan Esfahan – dalam apa yang digambarkan sebagai operasi pencegahan terhadap ancaman nuklear Iran. Ahli Kongres Thomas Massie…
Read More