Pengarah Pilihan Raya Bersama PKR

KUALA LUMPUR 21 Jun –  Dr Fuziah Salleh dilantik semula sebagai Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) manakala William Leong sebagai Bendahari Agung dan Fahmi Fadzil ssebagai Ketua Penerangan. Pelantikan semula itu diputuskan pada Mesyuarat Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR yang diadakan hari ini. Fahmi dalam kenyataan susulan mesyuarat itu berkata, Nurul Izzah Anwar dan Saifuddin Nasution Ismail pula dilantik sebagai Pengarah Pilihan raya Bersama dan Ahli Biro Politik. Beliau berkata, Mustapha Sakmud juga kekal menjadi Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah. “Mesyuarat turut merakam setinggi-tinggi perhargaan…

Read More

MB Perlis gagal rebut YDP Pas Arau

ARAU 22 Jun  – Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli gagal merebut jawatan Yang Dipertua (YDP) Pas Kawasan Arau dalam pemilihan parti hari ini selepas tewas kepada penyandang, Solahudin Azmi. Mohd Shukri hanya meraih 43 undi berbanding Solahudin yang memperoleh 128 undi bagi membolehkannya terus memimpin Pas Arau untuk sesi 2025-2027. Bagi perebutan jawatan Timbalan YDP, Exco Belia dan Sukan Negeri, Mohd Ridzuan Hashim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Sanji menang mudah apabila meraih 135 undi menewaskan penyandang, Speaker DUN Perlis, Rus’ele Eizan yang hanya memperoleh undi…

Read More

Sembrong mahu UMNO ‘terima semula’ Hishammuddin

KLUANG 21 Jun – UMNO Bahagian Sembrong mentulangi hasrat supaya bekas ketua bahagiannya,  Hishammuddin Tun Hussein ‘diterima semula’ dalam kepemimpinan parti. Perkara itu disuarakan secara terbuka dalam Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sembrong, tahun kedua UMNO bahagian itu membawa usul supaya penggantungan Hishammuddin ditarik balik serta-merta tanpa syarat. Susulan itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor,  Onn Hafiz Ghazi, akan membawa usul ini itu ke peringkat tertinggi parti. Onn Hafiz ketika berucap merasmikan mesyuarat itu hari ini memulakan ucapan dengan mengenang peranan besar Hishammuddin yang dianggap sebagai ‘sifu’ dalam permulaan karier politiknya.…

Read More

Aerotrain KLIA operasi semula 1 Julai

SEPANG 21 Jun – Perkhidmatan Penggerak Penumpang Automasi (Aerotrain) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang dihentikan selama kira-kira tiga tahun akan beroperasi semula sepenuhnya bermula pukul 10 pagi, 1 Julai depan. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, keputusan itu dibuat selepas projek naik taraf Aerotrain memasuki fasa akhir dan melalui beberapa siri ujian keselamatan termasuk Ujian Tindak Balas Kecemasan (ERP). Katanya , pelbagai ujian telah dan sedang dilaksanakan termasuk simulasi bersama pasukan keselamatan serta pasukan tindak balas kecemasan dalam tempoh beberapa hari akan datang. “Salah satu ujian penting yang…

Read More

Wartawan “penjaga nurani demokrasi”

KUALA LUMPUR 21 Jun – Komitmen terhadap kebenaran dan tanggungjawab sosial menjadikan profesion kewartawanan tunjang utama dalam masyarakat yang berinformasi, kata Menteri Pendidikan Tinggi Dr  Zambry Abd. Kadir. Katanya , peranan wartawan sebagai pemegang amanah yang mengendong maklumat semakin penting untuk menapis fakta daripada kepalsuan, melapor dengan saksama dan menegakkan prinsip “berkata benar walau pahit,”. Justeru, pengamal media dituntut untuk terus berpegang teguh kepada integriti, kebenaran dan tanggungjawab sosial dalam mendepani zaman pascanormal dan era pascakebenaran, di mana berita palsu termasuk teori konspirasi mudah tersebar dan ia mencabar kepercayaan masyarakat…

Read More

Pastikan kurikulum kewartawanan kekal relevan

KUALA LUMPUR  21 Jun – Kementerian Pendidikan Tinggi komited untuk memastikan kurikulum kewartawanan kekal relevan, menggabungkan AI, analisis data, undang-undang siber dan etika profesional. Menterinya, Dr Zambry Abd Kadir berkata, kementerian turut menggalakkan kerjasama yang lebih kukuh antara universiti dan organisasi media melalui penyelidikan bersama, latihan dan kolokium berfokuskan etika. “Kerjasama antara institusi pengajian tinggi dan organisasi media perlu diperkukuh bagi melahirkan wartawan berilmu, beretika dan peka terhadap isu semasa termasuk kecerdasan buatan (AI), undang-undang siber dan analitik data,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Malam Wartawan Malaysia dan…

Read More