Pengarah Pilihan Raya Bersama PKR

KUALA LUMPUR 21 Jun –  Dr Fuziah Salleh dilantik semula sebagai Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) manakala William Leong sebagai Bendahari Agung dan Fahmi Fadzil ssebagai Ketua Penerangan.

Pelantikan semula itu diputuskan pada Mesyuarat Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR yang diadakan hari ini.

Fahmi dalam kenyataan susulan mesyuarat itu berkata, Nurul Izzah Anwar dan Saifuddin Nasution Ismail pula dilantik sebagai Pengarah Pilihan raya Bersama dan Ahli Biro Politik.

Beliau berkata, Mustapha Sakmud juga kekal menjadi Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah.

“Mesyuarat turut merakam setinggi-tinggi perhargaan atas pengorbanan, sumbangan serta khidmat bakti mantan Timbalan Presiden dan pimpinan lainnya serta berharap agar mereka akan masih memberi sumbangan kepada parti dan perjuangan,” katanya.

Fahmi berkata, mesyuarat turut membincangkan isu-isu semasa termasuk perihal geopolitik dan ekonomi global serta tahap persiapan jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah.

Related posts

Leave a Comment