Filipina 2,379 kes, Thailand 7

JABATAN Kesihatan (DoH) FILIPINA merekodkan 2,379 kes baharu Covid-19 setakat pukul 4 petang, 18 Oktober 2020 menjadikan jumlah keseluruhan kes 356,618 manakala kes aktif pula sebanyak 39,808.

Sebanyak 50 lagi pesakit meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 6,652 kematian.

DOH juga mengumumkan sebanyak 14,941 pesakit dilaporkan sembuh hari ini dan perkembangan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh 310,158.

Sementara itu, THAILAND mencatatkan empat kes import dan tiga lagi kes jangkitan tempatan Covid-19 di wilayah utara negara itu yang bersempadan dengan Myanmar .

Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) memaklumkan pesakit baharu itu adalah ahli keluarga pasangan warga Myanmar yang tinggal di daerah Mae Sot di Wilayah Tak yang diuji positif minggu ini.

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes di Thailand adalah 3,686 kes manakala kematian kekal 59.

Pesakit baharu hari ini adalah wanita berusia 23 tahun, anak lelakinya berusia setahun serta anak perempuan berusia 10 tahun yang tinggal di Mae Sot. Mereka adalah kontak rapat pasangan yang disahkan itu.

Semalam, 17 Oktober, Thailand mencatatkan kes jangkitan tempatan pertama Covid-19 selepas sebulan, yang membabitkan suami isteri warga Myanmar itu. Kedua-dua kes adalah antara 10 jangkitan Covid-19 yang dilaporkan semalam.

Related posts

Leave a Comment