ISTANBUL – Iraq merancang meningkatkan kapasiti eksport minyak mentahnya kepada lima juta tong sehari berbanding lebih tiga juta tong sekarang ketika negara itu membangunkan laluan baharu yang tidak melalui Selat Hormuz.
Menurut Menteri Minyak Basim Mohammed Khudair eksport telah mencecah kira-kira tiga juta tong sehari sejak awal September.
Kata, jumlah itu akan ditingkatkan selepas saluran paip strategik yang menghubungkan medan minyak Iraq dengan Fishkhabur di utara dan pelabuhan Banias di Syria yang terletak di Mediterranean siap dibina.
Baghdad turut berusaha memperluas laluan eksport alternatif bagi mengurangkan kebergantungan kepada Selat Hormuz.
Perdana Menteri, Ali Faleh al-Zeidi mengarahkan kerja diteruskan bagi dua laluan saluran paip strategik, iaitu Basra-Haditha-Fishkhabur dan Haditha-Banias.
Laluan utara akan menghubungkan medan minyak di selatan dengan Fishkhabur berhampiran sempadan Turkiye, sekali gus menyediakan akses ke saluran paip Kirkuk-Ceyhan dan pelabuhan Ceyhan di Mediterranean, Turkiye.
Laluan barat pula akan menghubungkan Haditha dengan pelabuhan Banias di Syria, sekali gus menyediakan satu lagi laluan bagi Iraq ke Mediterranean dan berpotensi menghidupkan semula koridor minyak bersejarah antara kedua-dua negara.
