Pengendali bas diberi surat tunjuk sebab

PPUTRAJAYA 9 Jun – Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) mengeluarkan surat tunjuk sebab (STS) kepada syarikat pengendali bas yang terbabit nahas meragut 15 nyawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Grik awal pagi ini. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata pada masa sams Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga sedang melaksanakan Pemeriksaan dan Audit Keselamatan (JISA) ke atas bas serta syarikat berkenaan. JISA dilakukan mengikut peruntukan Akta Pengangkutan Jalan (Akta 333) dan Akta Pengangkutan Awam Darat (Akta 715). Sambil mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa, beliau menyatakan rasa amat sedih dan terkesan…

Read More

Ambil langkah elak kemalangan berulang

IPOH 9 Jun- Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah banyak langkah preventif boleh dan perlu dilakukan susulan daripada kekerapan kemalangan jalan raya yang mengakibatkan kehilangan nyawa yang kerap berlaku kebelakangan ini. Titah baginda, semua pihak berkaitan wajib menjadikan tragedi ini pengajaran, mengenal pasti dan menerima kelemahan untuk dilakukan penambahbaikan, terutama dari sudut penguatkuasaan undang-undang dan peraturan agar kejadian kemalangan yang tragik seperti ini dapat dielakkan daripada berulang. Dato’ Pengelola Bijaya DiRaja, Meor Hezbullah Meor Abd Malik dalam kenyataannya berkata, baginda bertitah walaupun ajal maut ditentukan oleh Ilahi, baginda berpendirian…

Read More

Tidak ada niat tanding PRK DUN, Parlimen – Zafrul

SEPANG 9 Jun – Tengku Zafrul Abdul Aziz menegaskan bahawa beliau tidak pernah mempertimbangkan untuk bertanding dalam sebarang Pilihan Raya Kecil (PRK) sama ada di peringkat Persekutuan mahupun negeri. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri berkata perkara itu tidak menjadi sebahagian daripada pertimbangannya ketika memutuskan untuk meninggalkan UMNO dan menyatakan niat menyertai PKR pada 30 Mei lepas. Katanya, tiada sebarang perbincangan tentang perkara ini dan ia bukan sebahagian daripada pertimbangannya dalam membuat keputusan untuk menyertai PKR. Zafrul berkata, kedudukannya sebagai Menteri Kabinet terserah kepada budi bicara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar…

Read More

Identiti 15 pelajardikenal pasti

IPOH 9 Jun – Identiti 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terkorban dalam kemalangan di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Perak, awal pagi tadi, sudah dikenal pasti. Mereka adalah empat pelajar dari Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) iaitu Nurul Izyanti Muhamad Azahar, Wan Nur Suhaila Wan Muhammad, Muhammad Adib Hazim Halim dan Nurul Fatihah Abu Setaman. Mangsa turut membabitkan tiga pelajar Fakulti Pembangunan Manusia (FPM) iaitu Nur Ainul Qistina Mat Ali, Nur Dalila Farhana Mohamad Isma dan Nurly Sahirah Azman; dua pelajar Fakulti Sains Kemanusiaan…

Read More

Nahas catat antara kematian tertinggi

KUALA LUMPUR – Nahas di Jalan Gerik-Jeli berhampiran Tasik Banding awal pagi Isnin, 9 Jun 2025 adalah antara kemalangan maut yang meragut nyawa tertinggi di negara ini, sejak Julai 1996. Kejadian hari ini membabitkan bas membawa 42 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berusia antara 21 hingga 23 tahun. Kemalangan pada pukul 1 pagi itu berlaku ketika bas dari Jerteh, Terengganu menghala ke kampus UPSI di Tanjung Malim, Perak melanggar belakang kereta Perodua Alza di depannya, menyebabkan 15 pelajar maut. Daripada jumlah itu, 13 pelajar disahkan meninggal dunia di lokasi…

Read More

Nahas bas ragut 15 jiwa pelajar UPSI

GRIK 9 Jun – Lima belas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) disahkan maut dan tujuh parah apabila bas yang mereka naiki dari Jertih ke universiti itu terbabit dalam kemalangan dan terbalik di Jalan Raya Timur Barat, berhampiran Tasik Banding, Perak awal pagi tadi. Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Angkatan Pertahanan Awam (APM) Hulu Perak dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu daripada Hospital Gerik pada pukul 1.10 pagi tadi. Tiba di lokasi, didapati berlaku kemalangan jalan raya membabitkan sebuah bas terbalik dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV)…

Read More

Tentera Israel naik kapal bantuan Madleen

KAHERAH – Gabungan Freedom Flotilla (FFC) dalam satu kenyataan di Telegram mendakwa tentera Israel telah menaiki kapal bantuan Madleen, yang sedang dalam perjalanan ke Gaza, menyebabkan komunikasi dengan kapal itu terputus. Terdahulu, tentera laut Israel dilaporkan sedang berkomunikasi dengan kapal amal Madleen milik FCC yang dalam perjalanan ke Gaza dan mengarahkan kapal terbabit menukar haluan apabila ia menghampiri kawasan larangan. Kementerian Luar Israel turut merujuk kapal berkenaan sebagai tidak lebih daripada ‘kapal selfie’. Beberapa jam sebelum itu, Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant, berkata beliau mengarahkan tentera untuk menghalang bot yang…

Read More

Lautan berdepan pelbagai ancaman

PHNOM PENH – Lautan yang menjadi sumber makanan serta pekerjaan kepada jutaan penduduk dunia, kini berdepan pelbagai ancaman yang memerlukan perhatian segera dengan mengelakkan pencemaran dan mencegah eksploitasi sumber marin. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan ASEAN memberi amaran itu sempena Hari Lautan Sedunia 2025 pada setiap 8 Jun dengan tema pada 2025 ialah ‘Wonder: Sustaining what sustains us.’ Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, dalam perutusannya menggesa kerajaan serta rakan antarabangsa untuk bersama melindungi lautan daripada pencemaran yang semakin meningkat dan mencegah eksploitasi sumber marin secara berlebihan. “Lautan kita bukan saja…

Read More