Sekat, Fahmi rujuk ke mahkamah

SEPANG 8 Jun – “Kita jumpa di mahkamah”, demikian reaksi aktivis dan pereka grafik, Fahmi Reza susulan tindakan pihak berkuasa menghalangnya untuk ke luar negara semalam. Melalui ‘surat’ kepada Kerajaan Madani, Fahmi berkata, jawapan yang diberi berhubung sekatan ke atasnya menunjukkan sikap saling menuding jari melibatkan polis dan imigresen. Katanya, beliau tidak nampak mana-mana pihak kerajaan yang berani mengambil tanggungjawab atas kesilapan yang menyebabkan kebebasannya untuk bergerak disekat. “Korang senang je cakap tiada sekatan rasmi, tapi realitinya aku tetap kena sekat semalam.Aku tak dapat ke luar negara, dinafikan hak sebagai…

Read More

Data tidak mengandungi identiti, maklumat individu

KUALA LUMPUR 8 Jun – Permintaan data panggilan telefon bimbit oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) daripada syarikat telekomunikasi, tidak mengandungi identiti dan maklumat yang boleh digunakan untuk mengenal pasti mana-mana individu. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata data yang diminta adalah untuk pengumpulan data bagi statistik rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan menyokong pembentukan dasar berasaskan bukti, termasuk bagi penambahbaikan infrastruktur rangkaian. “Tidak mengandungi sebarang maklumat peribadi, tapi lebih merujuk kepada trend supaya maklumat yang lebih terperinci dapat kita kumpulkan mengenai mutu, tahap penglibatan, jumlah pengguna yang ada pada…

Read More

Fahmi Reza tidak dikenakan sekatan

KUALA LUMPUR – Aktivis dan pereka grafik, Fahmi Reza tidak dikenakan sebarang sekatan pergerakan sebaliknya dimasukkan ke dalam senarai pemantauan pergerakan bagi tujuan rekod dan rujukan dalaman Polis Diraja Malaysia (PDRM). Ketua Polis Negara,  Razarudin Husain, berkata Fahmi Reza atau nama penuhnya Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin diletakkan di bawah senarai itu berikutan siasatan kes yang masih dijalankan oleh pihak polis. “Sehubungan itu, PDRM ingin menjelaskan tiada sebarang sekatan rasmi dikenakan terhadap Fahmi Reza pada masa ini. Senarai pemantauan tidak membawa maksud sekatan, sebaliknya sebahagian daripada prosedur pemantauan lazim yang…

Read More

Semua kaum dapat diskaun beli hartanah

BAGAN – Semua pembeli akan diberi diskaun pembelian hartanah di negeri ini selaras prinsip keadilan sosial, kata Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, Beliau berkata, kerajaan negeri menerima pelbagai maklum balas berhubung langkah intervensi pemberian diskaun lima peratus kepada komuniti India Muslim bagi pembelian unit hartanah siap tidak terjual. Katanya, sebahagian pandangan diterima dan dikemukakan menyatakan diskaun berkaitan sepatutnya ditawarkan juga kepada semua pembeli bagi merangsang semula sektor hartanah terutama penjualan hartanah atau unit tidak terjual. “Jadi, saya mengarahkan Exco Perumahan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Seri S Sundarajoo memperhalusi polisi…

Read More

36 lagi jadi korban Israel di Gaza

BANDAR GAZA – Sekurang-kurangnya 36 penduduk Palestin terbunuh semalam, termasuk enam yang ditembak berhampiran pusat agihan bantuan dikendalikan Dana Kemanusiaan Gaza (GHF) yang disokong Amerika Syarikat (AS). Menurut laporan media, tentera Israel melepaskan tembakan amaran ke arah individu yang didakwa “bergerak dalam cara yang mengancam keselamatan anggota tentera”. Kematian terbaharu itu dilaporkan ketika operasi agihan disambung semula selepas digantung sementara susulan insiden kematian serupa awal minggu ini. Jurucakap Pertahanan Awam Gaza Mahmud Bassal, memaklumkan bahawa sekitar pukul 7 pagi, enam individu maut manakala beberapa yang lain cedera akibat tembakan tentera…

Read More

Hubungan Trump – Elon Musk berakhir

NEW JERSEY – Hubungan dengan Elon Musk sudah berakhir, dan Donald Trump  tiada niat untuk bercakap dengan individu terkaya di dunia itu sebaliknya Presiden Amerika Syarikat (AS) itu memberi akan mengambil ‘tindakan tegas’. Trump memberi amaran akan bertindak terhadap bilionair yang juga penyumbang dana kempennya itu sekiranya Ketua Pegawai Eksekutif Tesla dan SpaceX itu membiayai calon Demokrat yang bertanding menentang parti Republikan. Dalam satu temu bual telefon bersama NBC News, Presiden AS itu enggan menjelaskan tindakan yang dimaksudkan serta memaklumkan bahawa tiada sebarang perbincangan dibuat setakat ini mengenai siasatan ke…

Read More