Akmal cabar Syahredzan kemuka usul ‘nyahkan BN’

SEPANG 1 Jun – Ketua Pemuda UMNO  Dr Akmal Salleh mencabar Ahli Parlimen Bangi Syahredzan Johan mengemukakan usul kepada Kerajaan Perpaduan untuk mengeluarkan Barisan Nasional (BN) dari kerajaan yang ada pada hari ini. “Kami datang dalam sebuah pasukan Barisan Nasional. Maka jika mahu nyah seorang dari keluarga kami, maka saya cabar YB Bangi untuk buat usul kepada Kerajaan Perpaduan untuk keluarkan BN semua sekali dari kerajaan ini,” katanya. Dr Akmal membuat cabaran itu susulan Syahredzan yang juga Naib Pengerusi Kebangsaan DAP mencadangkan supaya MCA menarik diri daripada kerajaan selepas mendakwa…

Read More

Tidak minat jawatan parti

AMPANG 1 Jun – Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli tidak berhasrat dan tidak berminat untuk menerima sebarang jawatan tertinggi jika ditawarkan mana-mana parti termasuk Parti Keadilan Rakyat (PKR). Mantan Timbalan Presiden PKR itu menegaskan sejak dari awal beliau tidak menerima apa-apa tawaran jawatan. “Malah Nurul Izzah masa jumpa saya, cuba nak bawa kalau ada Timbalan Presiden dilantik. Saya kalau ada Timbalan Presiden pun, kalau Presiden dilantik pun, saya tak berminat kerana ia bukan soal jawatan; ia soal perjuangan yang kita nak bawa. “Saya akan kekal sebagai ahli dan tanggungjawab saya…

Read More

Menteri pangku tugas, tiada rombakan

KUALA LUMPUR 1 Jun –  Dua jawatan menteri yang bakal kosong selepas penyandangnya mengumumkan peletakan jawatan baru-baru ini, akan dipangku sementara oleh menteri lain, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata, tiada keperluan mendesak untuk membuat rombakan Kabinet ketika ini dan mesyuarat Kabinet akan dimaklumkan mengenai menteri yang akan memangku tugas itu. “Dua menteri letak jawatan dan beri masa mereka untuk melakukan apa yang perlu dan menghabiskan cuti. Saya luluskan permohonan cutinya. Sekarang urusan kerajaan berjalan seperti biasa,” katanya. Beliau mengulas kedudukan Kabinet selepas pengunduran Rafizi Ramli dan Nik…

Read More

Menteri-menteri luar Arab dihalang

AMMAN – Beberapa menteri luar dari negara-negara Arab mengecam keputusan Israel menghalang mereka melawat Tebing Barat yang diduduki pada hujung minggu ini bagi bertemu Presiden Negara Palestin, Mahmud Abbas. Lawatan itu dijangka membabitkan menteri luar dari Arab Saudi, Mesir, Jordan dan Bahrain, bersama Setiausaha Agung Liga Arab. Israel pada malam Jumaat lalu mengumumkan tidak akan bekerjasama, sekali gus menyekat lawatan itu kerana menguasai sempadan dan ruang udara wilayah terbabit. Seorang pegawai Israel berkata, Abbas ‘berniat menganjurkan pertemuan provokatif bersama menteri luar negara Arab untuk membincangkan penubuhan sebuah negara Palestin’ dan…

Read More

Hamas setuju gencatan senjata

GAZA – Hamas secara prinsip setuju terhadap cadangan gencatan senjata yang dikemukakan oleh utusan Amerika Syarikat ke Asia Barat, Steve Witkoff, dengan syarat utama menamatkan perang dan pengunduran penuh tentera Israel dari Gaza. Sebagai sebahagian daripada cadangan itu, Hamas akan membebaskan 10 tebusan yang masih hidup dan 18 mayat sebagai pertukaran kepada pembebasan sejumlah tahanan Palestin oleh Israel. Dalam kenyataannya, Hamas berkata, cadangan ini bertujuan untuk mencapai gencatan senjata kekal, pengunduran menyeluruh dari Semenanjung Gaza serta memastikan bantuan kemanusiaan dapat disalurkan kepada rakyat. Hamas berkata, maklum balas terhadap cadangan tersebut…

Read More