Akmal cabar Syahredzan kemuka usul ‘nyahkan BN’

SEPANG 1 Jun – Ketua Pemuda UMNO  Dr Akmal Salleh mencabar Ahli Parlimen Bangi Syahredzan Johan mengemukakan usul kepada Kerajaan Perpaduan untuk mengeluarkan Barisan Nasional (BN) dari kerajaan yang ada pada hari ini.

“Kami datang dalam sebuah pasukan Barisan Nasional. Maka jika mahu nyah seorang dari keluarga kami, maka saya cabar YB Bangi untuk buat usul kepada Kerajaan Perpaduan untuk keluarkan BN semua sekali dari kerajaan ini,” katanya.

Dr Akmal membuat cabaran itu susulan Syahredzan yang juga Naib Pengerusi Kebangsaan DAP mencadangkan supaya MCA menarik diri daripada kerajaan selepas mendakwa parti komponen BN itu tidak ikhlas.

“Bila kena tegur, meroyan tuduh orang sana sini . Jawab pun dengan angkuh. Saya tunggu YB Bangi berani atau tidak sahut cabaran saya,” kata Akmal menerusi hantaran di Facebooknya.

Terdahulu Syahredzan mendakwa MCA termasuk Presiden Wee Ka Siong bertali arus menyerang Kerajaan Madani, dan terkini mengenai isu tong gas walaupun parti itu dalam blok Kerajaan.

“Saya tidak pernah komen tentang MCA yang bertali arus menyerang Kerajaan Madani tetapi selepas isu penjualan saham KWSP, MyKiosk dan terkini, isu tong gas LPG ini, saya terpanggil untuk ulas.

Kalau asyik menyerang Kerajaan Madani dengan ‘half-truths’ dan fakta yang salah, sudah terang lagi bersuluh MCA tidak ikhlas bersama dengan Kerajaan ini. Ada baiknya mereka nyah sahaja dari Kerajaan ini,” kata Syahredzan.

Ka Siong sebelum itu membangkitkan isu LPG : Dari RM26 kepada RM70 yang memberi gambaran bahawa ini peraturan baharu , dan subsidi LPG sudah ditarik sedangkan peraturan itu dibuat kerajaan terdahulu.yang turut dianggotai Ka Siong.

Selepas dijelaskan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeei dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Armizan Mohd Ali, Presiden MCA itu sebaliknya mempertahankan diri bahawa ia bukan soal peraturan tetapi berkenaan pelaksanaan.

“Sekarang alih tiang gol, kata isunya pelaksanaan pula. Semalam lain, hari ini lain,” kata Syahredzan.

Related posts

Leave a Comment