ANKARA – Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) menganggarkan kira-kira 90 peratus daripada 2.4 juta penduduk Gaza dipindahkan secara paksa akibat serangan Israel yang berterusan ke atas wilayah itu. “Pada 1948, lebih 700,000 rakyat Palestin diusir dari bandar dan kampung mereka. Peristiwa ini dikenali sebagai Nakba,” kata UNRWA dalam satu kenyataan. Tujuh puluh tujuh tahun kemudian, rakyat Palestin terus diusir secara paksa dan konflik berkenaan telah menyebabkan 90 peratus penduduk terpaksa meninggalkan kediaman mereka. Rakyat Palestin pada Khamis memperingati ulang tahun ke-77 pengusiran mereka dari bandar-bandar di Palestin…
Read MoreMonth: May 2025
Media Hari Ini Jumaat 16.05.2025
Kerjasama strategik jamin penerbangan
PUTRAJAYA 15 Mei – Amal by Malaysia Airlines (Amal), hari ini menandatangani perjanjian kerjasama dengan 13 syarikat pengendali umrah yang akan menjamin tempat duduk penerbangan pada musim baharu 1447H , mulai Jun 2025 hingga Julai 2026. Kerjasama itu menekankan komitmen Amal untuk memastikan perjalanan ibadah umrah yang lancar dan boleh dipercayai oleh jemaah di samping meningkatkan pengalaman beribadah di Tanah Suci Makkah dan Madinah. Majlis menandatangani kerjasama itu berlangusng di sebuah hotel di sini yang dihadiri Ketua Pegawai Operasi Amal Muhammad Najmi Mansor serta 13 wakil syarikat pengendali umrah yang…
Read MoreNurul Izzah tolak debat bersama Rafizi.
SHAH ALAM 15 Mei – : Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang akan mencabar Datuk Seri Rafizi Ramli bagi jawatan timbalan presiden pada pemilihan parti kali ini, menolak cadangan debat yang dicadangkan Menteri Ekonomi itu. Beliau berbuat demikian kerana tidak mahu dibebani dengan isu seperti perdebatan. Pada sidang media selepas program bersama akar umbi parti di sini malam tadi, Nurul Izzah berkata, kempen beliau kali ini memberi tumpuan kepada program berimpak tinggi dan pendekatan menyeluruh yang bermakna, khususnya kepada wanita dan pengundi muda, sambil meminimumkan ketegangan politik. Terdahulu, di…
Read MoreBerita pilihan….
80 maut ketika gesaan hentikan serangan
GAZA – Ketika Sidang Kemuncak Gabungan Negara Teluk (GCC)-Amerika Syarikat (AS) menggesa serangan ke atas Semenanjung Gaza dihentikan, sekurang-kurangnya 80 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel semalam. Israel dilaporkan memperhebatkan lagi pengeboman di Gaza ketika lawatan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump ke Asia Barat, sekali gus melenyapkan sebarang harapan mengenai gencatan senjata. Petugas perubatan berkata, kebanyakan mangsa yang terkorban adalah wanita dan kanak-kanak, maut dalam serangan udara bertubi-tubi oleh Israel ke atas kawasan perumahan di Jabalia, utara Gaza. Tentera Israel (IDF) semalam, turut mengeluarkan arahan pemindahan baharu kepada penduduk…
Read MoreGCC gesa henti serang Gaza
RIYADH – Sidang Kemuncak Gabungan Negara Teluk (GCC)-Amerika Syarikat (AS) yang dihadiri Presiden Donald Trump menggesa serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza dihentikan selain menyatakan sokongan kepada Syria. Sidang Kemuncak GCC-AS itu diadakan semasa lawatan serantau Trump ketika ini, lawatan pertamanya ke luar negara sejak memegang jawatan pada Januari lepas. Dalam ucapannya pada sidang berkenaan, Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman menyifatkan hubungan dengan Washington sebagai ‘strategik’. “Kami bekerjasama dengan AS untuk meredakan situasi di Gaza, menamatkan konflik dan mencari penyelesaian menyeluruh kepada isu Palestin,” titah baginda. Tentera…
Read MoreMedia Hari Ini Khamis 15.05.2025
Ingatan Lembaga Disiplin PKR
SEPANG 14 Mei – Lembaga Disiplin PKR mengingatkan semua calon dan penyokong pada Pemilihan PKR 2025 supaya menjaga integriti, perpaduan dan imej parti sepanjang peringkat terakhir kempen pemilihan parti. Pengerusinya Dr Tan Yee Kew, berkata calon juga hendaklah menghentikan serangan peribadi termasuk tidak membuat tuduhan tidak berasas sebaliknya perlu memfokuskan kempen kepada perbahasan dasar dan idea. Dalam kenyataannya, beliau berkata, perbuatan menjurus serangan peribadi, perbalahan terbuka serta mengeluarkan kenyataan awam yang menghina terhadap anggota parti adalah tidak wajar, tidak boleh diterima dan hanya akan menggugat perpaduan parti. “Sebarang dakwaan terhadap…
Read MoreManfaatkan rakan strategik
KUALA LLUMPUR14 Mei – Timbalan Menteri Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) Khairul Firdaus Akbar Khan menggesa agensi pelancongan berkaitan umrah supaya terus kreatif bagi menawarkan perkhidmatan kepada bakal jemaah. Katanya, seiring dengan arus pemodenan teknologi dan digital, setiap agensi diharap dapat berlumba-lumba untuk menawarkan pakej yang lebih telus, berpatutan dan berintegriti demi menjaga kepercayaan jemaah. Justeru, beliau menyambut baik Program Bangkit Usahawan Umrah siri ke-2 anjuran Andalusia Travel and Tours Sdn Bhd (Andalusia) dengan kerjasama Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (Bumitra) dan MOTAC. Program itu berjaya merekodkan kehadiran seramai…
Read More