Pemandu lori direman empat hari

TELUK INTAN 14 Mei  – Pemandu lori yang terbabit dalam kemalangan yang meragut nyawa sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Kilometer 15 Jalan Sungai Manik-Sungai Lampam di sini, semalam direman empat hari mulai hari ini. Perintah reman terhadap lelaki berusia 45 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Naidatul Athirah Azman selepas permohonan dibuat oleh Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin. Naidatul Athirah membenarkan perintah reman empat hari bermula hari ini hingga Sabtu. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu…

Read More

Penghormatan terakhir buat 9 anggota FRU

IPOH 14 Mei – Sembilan jenazah anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terkorban dalam nahas di Jalan Chikus–Sungai Lampam di Teluk Intan, diberi istiadat penghormatan terakhir di pekarangan Surau Al Mustaqim, Markas FRU Sungai Senam, di sini awal pagi ini. Solat jenazah disempurnakan ke atas tujuh anggota beragama Islam buat kali kedua selepas sesi solat jenazah di Surau Ar-Rahman Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak. Solat jenazah kali kedua di Surau Al Mustaqim, disempurnakan bagi Allahyarham Koperal Mohd Pozli Jaudin, 41; Koperal Mohamad Hilmi Mohd Azlan, 38; Konstabel Akmal…

Read More

PBB kecam ‘muslihat’ pelan bantuan Israel

NEW YORK – Pelan pengagihan bantuan kemanusiaan untuk Gaza yang dicadangkan Israel dan disokong Amerika Syarikat (AS) didakwa sebagai satu muslihat licik, serta gangguan yang disengajakan. Ketua bantuan kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Tom Fletcher yang mengecam pelan itu berkata,  kawalan sepenuhnya terhadap setiap bantuan yang mahu diagihkan itu sebagai helah Israel untuk meneruskan keganasan dan pengusiran rakyat Palestin di wilayah bergolak itu. Sejak Mac lalu, tiada bantuan kemanusiaan dihantar ke Gaza dan pemantau kebuluran global memberi amaran bahawa setengah juta orang kini berdepan kebuluran, iaitu suku daripada jumlah penduduk…

Read More

Perjanjian pertahanan Arab – AS

RIYADH – Arab Saudi dijangka menerima kelengkapan dan perkhidmatan peperangan canggih susulan perjanjian pertahanan antara kedua-dua negara bernilai hampir AS$142 bilion (RM614 bilion). Rumah Putih yang menyifatkannya sebagai ‘perjanjian jualan pertahanan terbesar dalam sejarah menyatakan lebih sedozen firma pertahanan AS akan menyediakan bekalan dan perkhidmatan itu. Menurut kenyataan di laman sesawang rasmi Rumah Putih, perjanjian itu meliputi lima bidang utama iaitu pemodenan tentera udara dan keupayaan angkasa lepas, pertahanan udara dan peluru berpandu, keselamatan maritim dan pesisir pantai, keselamatan sempadan dan pemodenan pasukan darat, serta penaiktarafan sistem maklumat dan komunikasi.…

Read More

Jalin hubungan baik negeri, Pusat

KOTA KINABALU 13 Mei – Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) sepakat mahukan aspirasi tempatan menjadi asas perundingan gabungan politik Sabah menjelang Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17). Dua parti tempatan berasaskan Sabah itu masing-masing menjadi anggota komponen Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN). Presiden UPKO, Ewon Benedick dan Presiden PBRS, Arthur Joseph Kurup melalui satu kenyataan bersama, menyatakan aspirasi tempatan penting kepada gabungan besar politik bagi menghadapi PRN17. Kata mereka, pendekatan itu wajar dilaksanakan tanpa menjejaskan kestabilan politik dan keharmonian rakyat yang diperlukan untuk…

Read More

PDRM komited jaga kebajikan mangsa

TELUK INTAN 13 Mei – Waris sembilan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang terkorban dalam kemalangan di Jalan Chikus-Sungai Lampan di sini, akan menerima pampasan serta bantuan kewangan berjumlah antara RM58,000 hingga RM269,700. Timbalan Ketua Polis Negara, Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata ia termasuk bantuan RM25,000 melalui Tabung Amanah Perwira dan Pertahanan Negara (TAPPN) kepada waris anggota terbabit. Katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) komited menjaga kebajikan pegawai dan anggotanya, terutama dalam situasi kecemasan serta musibah yang menimpa mereka ketika menjalankan tugas rasmi. “Melalui Tabung Kebajikan, setiap anggota terbabit bencana kerja…

Read More

Penghormatan terakhir di Markas Unit 5 FRU Sungai Senam

TELUK INTAN 13 Mei  – Jenazah tujuh anggota beragama Islam dan dua jasad anggota bukan Islam yang maut dalam kemalangan ngeri dengan sebuah lori muatan batu di Jalan Chikus-Sungai Lampam di sini akan dibawa ke Markas Unit 5 FRU Sungai Senam di Ipoh untuk diberi penghormatan terakhir. Ketua Polis Perak,  Noor Hisam Nordin berkata semua jenazah akan disolatkan di surau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak. Manakala jasad mendiang S. Perumal akan dibawa ke rumah keluarganya di Lahat, Ipoh, manakala jasad mendiang Nurit yang juga anggota Orang Asli akan…

Read More