- PUTRAJAYA 15 Mei – Amal by Malaysia Airlines (Amal), hari ini menandatangani perjanjian kerjasama dengan 13 syarikat pengendali umrah yang akan menjamin tempat duduk penerbangan pada musim baharu 1447H , mulai Jun 2025 hingga Julai 2026.
Kerjasama itu menekankan komitmen Amal untuk memastikan perjalanan ibadah umrah yang lancar dan boleh dipercayai oleh jemaah di samping meningkatkan pengalaman beribadah di Tanah Suci Makkah dan Madinah.
Majlis menandatangani kerjasama itu berlangusng di sebuah hotel di sini yang dihadiri Ketua Pegawai Operasi Amal Muhammad Najmi Mansor serta 13 wakil syarikat pengendali umrah yang terpilih.
Syarikat berkenaan adalah Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd; Glocal Travel & Tours Sdn. Bhd; Hafiz Travel & Tours Sdn. Bhd.; In Saf Travel & Tours Sdn. Bhd; KRS Travel & Tours Sdn. Bhd.; MKM Travel & Tours Sdn. Bhd;, Qahwa Travel & Tours Sdn. Bhd.
Rayhar Travel Sdn Bhd.; TH Travel & Services Sdn. Bhd.; Touch Me Travel & Tours Sdn. Bhd.; Tiram Travel Sdn. Bhd.; Widad Travel & Tours Sdn. Bhd., dan Wira Saujana Travel & Tours Sdn. Bhd.
Melalui kerjasama strategik ini, syarikat atau agensi yang dipilih berdasarkan rekod pencapaian dan integriti pengoperasian itu akan mempunyai akses kepada pengagihan penerbangan yang disahkan Amal.
Sementara itu, Muhammad Najmi berkata, pertumbuhan Amal mencerminkan komitmen pihaknya untuk meningkatkan pengalaman ibadah jemaah negara ini.
Katanya, bermula dengan hanya satu penerbangan harian di bawah Malaysia Airlines, ia berkembang kepada empat penerbangan di mana hampir 180,000 jemaah diterbangkan sepanjang tahun lalu.
Amal katanya berterima kasih kepada rakan-rakan strategik yang setia dan menunjukkan komitmen sehingga pencapaian yang ada pada hari ini.
“Melalui kerjasama eksklusif dengan agen yang dipercayai dan berlesen, Amal menjamin tempat penerbangan yang disahkan dan membantu menangani kebimbangan mengenai pakej yang tidak sah, “ katanya.
Nnnn