Kor Min jemput Azam Baki minum teh

PPUTRAJAYA 20 Mei – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) terbuka untuk disiasat oleh mana-mana pihak termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung ketelusan harga MyKiosk.

Pada masa yang sama, Menterinya, Nga Kor Ming berkata, pihaknya juga akan membuat laporan polis dan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengheret pihak yang menabur fitnah.

“Saya hendak jemput Tan Sri Azam Baki (Ketua Pesuruhjaya SPRM) datang ke pejabat untuk minum teh. Saya juga telah arahkan pegawai KPKT untuk cari TikToker dan mereka yang sebar berita palsu,” katanya.

Justeru beliau mengingatkan tentang hukuman berat terhadap mereka yang didapati bersalah menyebarkan berita palsu itu.

“Jangan main-main dengan KPKT, berani kerana benar,” katanya pada sidang media Pra-Pelancaran Anugerah Kecemerlangan Menteri dan Anugerah Kecemerlangan Media 2025 di sini

Beliau mendakwa, projek MyKiosk sengaja dipolitikkan oleh pihak tertentu untuk memporak-perandakan Kerajaan Madani, menjatuhkan imej kerajaan agar MCA dapat mencari dalih untuk keluar dan sertai Perikatan Nasional (PN).

Menurutnya, sebagai parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan, MCA sepatutnya membantu kerajaan.

“Sejak hari pertama saya perhatikan perangai dan tingkah laku mereka tiap hari cuba mengutuk, memporak peranda kerajaan, supaya membuka ruang dan peluang untuk cari dalih untuk kepentingan sempit mereka,” katanya.

Kor Ming menjelaskan adalah amat mustahil 795 kontraktor yang mendapat projek MyKiosk berkenaan merupakan kroninya.

Katanya lagi, sebanyak 1,185 kios disediakan di Johor yang mana ahli majlisnya terdiri daripada MCA.

Tambah beliau, MyKiosk 2.0 telah ditambah baik dengan ketahanan tenaga solar sebanyak tiga kali ganda iaitu sehingga 12 jam berbanding sebelum ini hanya empat jam serta dilengkapi rak mudah laras, bumbung berkecerunan, selain tingkap hidraulik.

“Bumbung juga menggunakan material galvanized steel dan powder coated bagi memastikan kualiti yang lebih baik. Takkanlah harga kereta BMW sama dengan harga (Perodua) Kancil?,” ujarnya.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment