GENEVA – Sepanyol menggesa supaya Israel dilarang daripada menyertai Eurovision dan pertandingan antarabangsa lain, sama seperti tindakan terhadap Rusia berikutan perang di Ukraine.
Perdana Menteri Pedro Sanchez berkata, langkah itu sebagai menunjukkan keperluan konsistensi dalam mempertahankan hak asasi manusia serta undang-undang antarabangsa.
“Komitmen Sepanyol terhadap undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia mesti berterusan dan konsisten di Eropah,” kata Pedro Sanchez semasa pembentangan laporan mengenai sektor budaya dan kreatif Sepanyol.
Merujuk kepada bagaimana Rusia segera dihalang daripada platform global seperti pertandingan sukan dan muzik, Sanchez mencadangkan standard yang sama harus diguna pakai terhadap Israel, berikutan peperangan di Gaza.
Itulah sebabnya saya percaya tiada siapa yang terkejut apabila pencerobohan Rusia ke atas Ukraine bermula tiga tahun lalu dan desakan supaya negara itu dikeluarkan daripada… pertandingan antarabangsa serta tidak dibenarkan menyertai – contohnya, seperti yang kita saksikan baru-baru ini hujung minggu lalu di Eurovision,” katanya.
Oleh itu, Israel juga tidak sepatutnya dibenarkan, kerana kita tidak boleh menerima dwistandard – walaupun dalam bidang budaya.