Pendekkan khutbah, solat Jumaat di Makkah, Madinah

MAKKAH – Semua imam dan khatib di kedua-dua masjid Masjidilharam dan Masjid Nabawi, diarah untuk memendekkan tempoh khutbah dan solat Jumaat sepanjang musim Haji 2025. Arahan itu dikeluarkan Presiden Hal Ehwal Agama di Masjidilharam dan Masjid Nabawi, Sheikh Dr. Abdulrahman Al-Sudais, mengambil kira  realiti jemaah yang solat di kawasan mataf, tingkat atas dan pekarangan masjid yang terdedah kepada panas terik. Langkah ini juga sejajar dengan maqasid syariah dan kaedah fiqh yang menekankan tentang langkah memudahkan umat Islam dalam beribadah, khususnya dalam keadaan luar biasa. Arahan itu dikeluarkan sebagai tanda prihatin…

Read More

Aidiladha: Indonesia 6 Jun, Brunei 7 Jun

JAKARTA 27 Mei – Umat Islam di Indonesia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada Jumaat 6 Jun ini, sehari lebih awal dari negara jiran, Malaysia, Brunei Darussalam dan Singapura. Menteri Agama, Nasaruddin Umar mengumumkan perkara itu selepas selesai mengadakan persidangan isbat untuk menentukan 1 Zulhijah 1446H dan Hari Raya Aidiladha di kementeriannya malam ini. “Berdasarkan laporan yang diterima, disepakati bahawa tarikh 1 Zulhijah jatuh pada Rabu, 28 Mei 2025 dan 10 Zulhijah atau Aidiladha pada Jumaat, 6 Jun 2025,” katanya dalam kenyataan. Sementara itu di BANDAR SERI BEGAWAN, Menteri Hal…

Read More

Malaysia, Singapura sambut Aidiladha 7 Jun

KUALA LUMPUR 27 Mei – Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada Sabtu, 7 Jun susulan tarikh 1 Zulhijjah 1446 jatuh pada Khamis. Perkara itu dimaklumkan oleh Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Mohd Aseral Jusman malam ini menerusi pengumuman rasmi yang disiarkan menerusi saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) di TV1. “Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka dengan ini saya bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1446 Hijrah ialah pada Khamis, 29…

Read More

1,070,000 jemaah haji tiba di Arab Saudi

RIYADH – Lebih satu juta jemaah dari pelbagai negara di seluruh dunia sudah tiba di Arab Saudi setakat 28 Zulkaedah bagi menunaikan ibadah haji tahun ini, kata Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Al-Rabiah. Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak 53 peratus daripada jumlah jemaah yang tiba adalah lelaki, manakala baki 47 peratus adalah wanita. Bercakap pada sidang media kerajaan mengenai persiapan musim haji, beliau memaklumkan 94 peratus jemaah tiba melalui udara, manakala 4.83 peratus melalui pintu darat dan kira-kira 0.5 peratus lagi melalui laut. Daripada 1.070,000 jemaah…

Read More

Tong ungu: MCA bimbang pengguna terkesan

KUALA LUMPUR 27 Mei – MCA mencadangkan harga yang lebih sesuai untuk gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi atau lebih dikenali sebagai tong gas ungu untuk pengusaha perniagaan khususnya peniaga minuman dan makanan. Naib Presiden MCA,  IR Lawrence Low berkata, langkah itu supaya ia tidak memberi kesan drastik terhadap pengusaha perniagaan dan pengguna atau pelanggan mereka terutama dikalangan B40 dan M40. Katanya, MCA setuju sekiranya pengusaha perniagaan tidak dibenar menggunakan LPG bersubsidi berharga RM26.60, namun pada masa sama, LPG komersial yang diwajibkan kepada mereka pada harga RM70 setong adalah tidak munasabah.…

Read More

Sijil halal dua hotel 5 bintang batal

MELAKA – Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) membatalkan serta merta sijil halal dua hotel bertaraf lima bintang di negeri ini susulan penganjuran satu program ‘ala parti arak’ di premis itu, baru-baru ini. Tindakan tegas itu diambil selepas serbuan oleh Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) sejurus menerima aduan daripada orang awam. Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata hasil serbuan itu, pihaknya mendapati penganjuran program berkenaan menggunakan peralatan sama dengan dapur yang mendapat pensijilan halal. “Ketika pemeriksaan dibuat hasil aduan awam, pihak kami…

Read More

Sekolah perlindungan jadi sasaran

GAZA – Tindakan Israel menyasarkan sebuah sekolah yang didakwa digunakan kumpulan Hamas telah mengorbankan sekurang-kurangnya 45 penduduk Palestin kebanyakannya wanita dan kanak-kanak. Mereka adalah orang awam yang kehilangan tempat tinggal dan mencari perlindungan di sekolah berkenaan. Pihak berkuasa kesihatan tempatan turut berkongsi imej yang tersebar luas di media sosial menunjukkan mayat-mayat yang kelihatan rentung atau terbakar teruk dikeluarkan daripada runtuhan. Tentera Israel mengesahkan ia menyasarkan sekolah itu dan memberi alasan ia digunakan sebagai pusat oleh pejuang Hamas dan Jihad Islam untuk merancang serta mengatur serangan. Israel berkata, tenteranya menggunakan senjata…

Read More

Operasi di Gaza bukan perangi keganasan

BERLIN – Operasi ketenteraan Israel di Gaza yang semakin banyak mencederakan orang awam dan melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa tidak lagi boleh dianggap sebagai sebahagian usaha Israel memerangi keganasan, Canselor Jerman, Friedrich Merz yang mengkritik operasi ketenteraan Israel di Gaza berkata, tindakan Israel menyebabkan penderitaan besar terhadap penduduk awam dan semakin meningkat sejak beberapa hari kebelakangan ini, “Apa yang sedang dilakukan di Semenanjung Gaza, yang menyebabkan penderitaan besar terhadap penduduk awam sejak beberapa hari kebelakangan ini, tidak lagi boleh dijustifikasikan sebagai perjuangan menentang keganasan,” katanya. Canselor itu mengakui yang Jerman secara…

Read More