Jalin hubungan baik negeri, Pusat

KOTA KINABALU 13 Mei – Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) sepakat mahukan aspirasi tempatan menjadi asas perundingan gabungan politik Sabah menjelang Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17). Dua parti tempatan berasaskan Sabah itu masing-masing menjadi anggota komponen Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN). Presiden UPKO, Ewon Benedick dan Presiden PBRS, Arthur Joseph Kurup melalui satu kenyataan bersama, menyatakan aspirasi tempatan penting kepada gabungan besar politik bagi menghadapi PRN17. Kata mereka, pendekatan itu wajar dilaksanakan tanpa menjejaskan kestabilan politik dan keharmonian rakyat yang diperlukan untuk…

Read More

PDRM komited jaga kebajikan mangsa

TELUK INTAN 13 Mei – Waris sembilan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang terkorban dalam kemalangan di Jalan Chikus-Sungai Lampan di sini, akan menerima pampasan serta bantuan kewangan berjumlah antara RM58,000 hingga RM269,700. Timbalan Ketua Polis Negara, Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata ia termasuk bantuan RM25,000 melalui Tabung Amanah Perwira dan Pertahanan Negara (TAPPN) kepada waris anggota terbabit. Katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) komited menjaga kebajikan pegawai dan anggotanya, terutama dalam situasi kecemasan serta musibah yang menimpa mereka ketika menjalankan tugas rasmi. “Melalui Tabung Kebajikan, setiap anggota terbabit bencana kerja…

Read More

Penghormatan terakhir di Markas Unit 5 FRU Sungai Senam

TELUK INTAN 13 Mei  – Jenazah tujuh anggota beragama Islam dan dua jasad anggota bukan Islam yang maut dalam kemalangan ngeri dengan sebuah lori muatan batu di Jalan Chikus-Sungai Lampam di sini akan dibawa ke Markas Unit 5 FRU Sungai Senam di Ipoh untuk diberi penghormatan terakhir. Ketua Polis Perak,  Noor Hisam Nordin berkata semua jenazah akan disolatkan di surau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak. Manakala jasad mendiang S. Perumal akan dibawa ke rumah keluarganya di Lahat, Ipoh, manakala jasad mendiang Nurit yang juga anggota Orang Asli akan…

Read More

Nahas trak FRU: PDRM lakukan siasatan menyeluruh

TELUK IINTAN13 Mei – Siasatan menyeluruh akan dijalankan berhubung kemalangan maut membabitkan trak pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dengan sebuah lori membawa muatan batu kerikil di Jalan Chikus-Sungai Lampan di sini, hari ini. Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan siasatan kes kemalangan maut membabitkan trak pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dengan sebuah lori membawa muatan batu kerikil di Jalan Chikus-Sungai Lampan di sini, hari ini, akan dijalankan secara menyeluruh. Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata siasatan juga akan memberi tumpuan kepada dakwaan bahawa lori berkenaan…

Read More

Pemandu lori nahas FRU ada 6 rekod jenayah

TELUK INTAN 13 Mei – Pemandu lori yang terbabit kemalangan yang meragut nyawa sembilan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU), di sini, hari ini, didapati memiliki pelbagai rekod jenayah lampau, kebanyakannya berkaitan dadah. Ketua Polis Perak, Noor Hisam Nordin, berkata pemandu berusia 45 tahun itu yang kini dalam tahanan polis juga dipercayai mempunyai beberapa saman trafik tertunggak. Noor Hisam berkata, hasil ujian air kencing awal terhadap pemandu lori membawa muatan batu itu menunjukkan keputusan negatif tetapi siasatan lanjut masih dijalankan. Beliau memberitahu demikian kepada pemberita di pekarangan Jabatan Forensik, Hospital Teluk…

Read More

Rusia bertanggungjawab tembak MH17

SEPANG – Rusia bertanggungjawab terhadap insiden tembakan ke atas pesawat Malaysia Airlines MH17 yang mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal termasuk 196 warganegara Belanda serta 38 warga dan penduduk Australia pada tahun 2014. Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) memutuskan demikian  menerusi kenyataan berasingan oleh kerajaan Belanda dan Australia, yang menyifatkannya sebagai satu langkah penting ke arah keadilan serta pertanggungjawaban terhadap mangsa dan keluarga mereka. Kes terhadap Rusia dibawa ke ICAO pada tahun 2022 oleh kerajaan Belanda dan Australia, yang sejak awal konsisten menuntut keadilan dalam tragedi MH17. Pesawat…

Read More

Mantan Presiden menang Datuk Bandar Davao

MANILA –  Bekas Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, yang dibawa ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) di The Hague, Belanda, Mac lalu sekali lagi memenangi kerusi Datuk Bandar Davao City dalam pilihan raya pertengahan penggal tahun ini. Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, keputusan awal selepas lebih 60 peratus undi dikira, Duterte mencatatkan kemenangan besar dengan memperoleh 405,000 undi berbanding 49,000 undi yang diterima pencabar terdekatnya. Beliau sebelum ini ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Manila dan kemudiannya dibawa ke ICC, di mana beliau masih ditahan. Duterte, ditahan di Manila oleh pihak polis susulan waran…

Read More

Riyadh sambut lawatan Trump

RIYADH – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dijadualkan tiba di Riyadh, Arab Saudi pada Selasa, bagi memulakan lawatan rasmi beliau ke Asia Barat selepas memegang jawatan itu bagi penggal kedua Januari lalu. Lawatan empat hari itu turut merangkumi persinggahan di Doha, Qatar dan Abu Dhabi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), menyamai kunjungan sulung antarabangsa beliau pada 2017 yang menjadikan Arab Saudi sebagai destinasi pertama. Semasa di Riyadh, Trump dijadualkan mengadakan pertemuan dengan Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed bin Salman, selain menghadiri mesyuarat bersama pemimpin negara-negara Teluk serta…

Read More