TELUK IINTAN13 Mei – Siasatan menyeluruh akan dijalankan berhubung kemalangan maut membabitkan trak pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dengan sebuah lori membawa muatan batu kerikil di Jalan Chikus-Sungai Lampan di sini, hari ini.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan siasatan kes kemalangan maut membabitkan trak pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dengan sebuah lori membawa muatan batu kerikil di Jalan Chikus-Sungai Lampan di sini, hari ini, akan dijalankan secara menyeluruh.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata siasatan juga akan memberi tumpuan kepada dakwaan bahawa lori berkenaan mengelak kenderaan lain sebelum hilang kawalan dan merempuh trak FRU terbabit.
Bagaimanapun, beliau menasihati semua pihak supaya tidak membuat sebarang andaian, sebaliknya memberi laluan kepada polis untuk melaksanakan siasatan itu.
“Kita akan menyiasat dari setiap aspek dan sudut. Ini dakwaan atau kenyataan pada peringkat awal, kita tidak dapat sahkan lagi.
Biar polis menjalankan siasatan lengkap. Kalau kata dia (pemandu lori) mengelak kenderaan lain, mungkin kita akan mendapatkan kenyataan daripada pemilik kenderaan terbabit dan sebagainya.
“Dakwaan atau kenyataan yang ditularkan itu, kita akan sahkan (kemudian selepas) siasatan dilengkapkan,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Ayob Khan memberitahu, pemandu lori yang didakwa merempuh trak FRU sehingga menyebabkan sembilan anggota terkorban mempunyai enam rekod jenayah lampau termasuk satu kes rogol.
“Daripada semakan, dia ada satu kes jenayah rogol, satu kes dadah dan empat kes jenayah curi di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan. Semua kes ini telah jatuh hukum,” katanya.
Menurut Ayob Khan, ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif dan tiada sebarang unsur penggunaan bahan terlarang termasuk ketum seperti yang tular di media sosial.
“Ujian air kencing sudah dibuat dan hasilnya negatif. Kita juga sahkan dakwaan kononnya suspek membawa ketum adalah tidak benar,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau memaklumkan pihak polis akan melengkapkan siasatan dengan mengambil keterangan lanjut daripada suspek termasuk menyemak semula semua aspek teknikal perlanggaran membabitkan lori membawa muatan batu itu.
Kejadian tragis itu mengorbankan sembilan anggota FRU dari Unit 5 Sungai Senam yang sedang dalam perjalanan pulang dari penugasan di Teluk Intan ke Ipoh.
Nnnn