Penghormatan terakhir di Markas Unit 5 FRU Sungai Senam

TELUK INTAN 13 Mei  – Jenazah tujuh anggota beragama Islam dan dua jasad anggota bukan Islam yang maut dalam kemalangan ngeri dengan sebuah lori muatan batu di Jalan Chikus-Sungai Lampam di sini akan dibawa ke Markas Unit 5 FRU Sungai Senam di Ipoh untuk diberi penghormatan terakhir.

Ketua Polis Perak,  Noor Hisam Nordin berkata semua jenazah akan disolatkan di surau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak.

Manakala jasad mendiang S. Perumal akan dibawa ke rumah keluarganya di Lahat, Ipoh, manakala jasad mendiang Nurit yang juga anggota Orang Asli akan dibawa ke rumah keluarganya di Mambang Di Awan, Kampar.

Terdahulu, semua mayat dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Teluk Intan untuk dibedah siasat.

Noor Hisam mengesahkan identiti anggota yang maut. Mereka ialah

1. Sarjan Perumal a/l Sugunanathan, 44 (Lahat, Ipoh)
2. Sarjan Mohd Roslan Abd Rahim, 46 (Tanjung Rambutan, Ipoh)
3. Koperal Mohd Pozli Jaudin, 41 (Gunung Rapat, Ipoh)
4. Koperal Nurit Ak Pandak, 34 (Kampar)
5. Koperal Amiruddin Zabri, 38, (Gopeng)
6. Koperal Mohamad Hilmi Mohd Azlan, 38 (Taiping)
7. Koperal Muhamad Akmal Muhamad, 35 (Kuala Kurau)
8. Lans Koperal Damarrulan Abdul Latif, 33 (Ipoh)
9. Konstabel Akmal Wafi Annuar, 28 (Lunas, Kedah)

Related posts

Leave a Comment