Tabung beli semula tanah wakaf masjid ditutup

BAGAN SERAI 8 Mei  – Kutipan dana bagi tujuan pembelian tanah wakaf Masjid Jamek Ar-Ridzuan, Alor Pongsu melalui akaun bank masjid khususnya melalui media sosial dan online (dalam talian) ditutup secara rasmi tepat pukul 12 tengah malam 8 Mei 2025. Pengerusi Masjid Jamek Ar-Ridzuan, Yusop Majid memaklumkan perkara itu menerusi siaran langsung di akaun Facebook masjid berkenaan sekitar pukul 8 malam tadi. Menurutnya, kutipan itu dihentikan selepas pihak masjid menerima dana melebihi sasaran asal iaitu RM1.8 juta yang ditetapkan pemilik tanah berkenaan bagi urusan jual beli. Menurut beliau, sekiranya masih…

Read More

Kerusi BN tidak akan diserah kepada PH

MELAKA – Barisan Nasional (BN) tidak akan menyerahkan kerusi yang dimenanginya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu bagi menmenuhi permintaan DAP supaya pembahagian kerusi sama rata BN 14, PH 14 pada PRN akan datang. Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, mengingatkan PH Melaka supaya tidak terlalu berharap untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sebelum ini dimenangi BN. EXCO Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri berkata ketika rundingan dibuat menjelang PRN lalu, PH sangat susah untuk bersetuju memberikan kerusi yang dimenangi parti komponen mereka…

Read More

Tiga agenda Nik Nazmi jika kekal

SEPANG 8 Mei  – Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad tetap akan mempertahankan jawatan Naib Presiden PKR dalam pemilihan hujung bulan ini dengan menawarkan tiga agenda utama kepada anggota parti itu. Justeru walaupun tewas di peringkat Ketua Cabang PKR Setiawangsa, Nik Nazmi memohon sokongan semua ahli PKR untuk memberi kepercayaan kepadanya seterusnya melaksanakan agenda berkenaan. Agenda itu adalah meneruskan program Felo Keadilan bagi melahirkan pemimpin muda berwibawa, memantapkan sistem perkaderan dan pendidikan politik serta menyusun dan menyiapkan jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).…

Read More

Nurul Izzah menonjol, Rafizi ‘tenggelam’

SEPANG 8 Mei – Sokongan terhadap Nurul Izzah Anwar supaya bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR terus menunjukkan peningkatan apabila pemimpin beberapa negeri tampil menyatakan sokongan mereka. Pada masa yang sama, tidak kedengaran cabang parti yang menamakan Rafizi Ramli untuk mempertahankan jawatan itu, begitu juga Saifuddin Nasution yang disebut-sebut akan bertanding jawatan itu bagi penggal 2025-2028. Malahan, Timbalan Ketua Penerangan 1 PKR, Datuk Seri R Ramanan mendedahkan lebih 150 cabang PKR menyatakan sokongan terhadap pencalonan Nurul Izzah bagi jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan kali ini. Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi…

Read More

Putra kekal pengimbang, pengkritik

SEPANG 8 Mei  – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) kekal sebagai sebuah parti alternatif untuk rakyat Malaysia, menjadi pengimbang dan pengkritik kepada kepada kedua belah pihak sama ada kerajaan ataupun pembangkang. Setiausaha Agungnya, Nasrul Ali Hasan Abdul Latif berkata, Putra akan terus memainkan peranan itu supaya kedua-dua belah pihak tidak terlalu selesa dan dibuai mimpi hingga terabai dan terleka dengan kuasa yang dipinjamkan oleh rakyat. Justeru Putra menyeru rakyat Malaysia bersama mengembalikan kegemilangan kuasa dan keutamaan suara rakyat sebagai pemacu masa depan negara. “Bukan sekadar menuruti kehendak dan keghairahan agenda…

Read More

Afghanistan gesa henti serangan

KABUL – Kementerian Luar Afghanistan menggesa India dan Pakistan supaya tidak meneruskan serangan sebaliknya menyelesaikan isu terbabit melalui dialog dan diplomasi. Menurut kenyataan Kerajaan Taliban itu, peningkatan ketegangan konflik tidak ‘menguntungkan wilayah itu’ selepas kedua-duanya melakukan serangan rentas sempadan di wilayah Kashmir. Kenyataan itu dikeluarkan selepas India dan Palestin saling berbalas tembakan artileri berat di sempadan dua negara itu. Islamabad memaklumkan, 26 orang awam terbunuh susulan serangan India di sepanjang sempadan, manakala New Delhi melaporkan sekurang-kurangnya 12 maut akibat bedilan meriam dilakukan Pakistan. Hubungan antara kerajaan Taliban dan negara jirannya,…

Read More

India pertahan hak serang Pakistan

NEW DELHI  – India menegaskan serangan terbaru terhadap Pakistan adalah operasi yang ‘dirancang dengan teliti’ dan menggunakan haknya untuk bertindak balas. Menteri Pertahanan India, Rajnath Singh, mendakwa pihaknya  hanya menyasarkan kem pengganas. Singh berkata, operasi itu menyasarkan sepenuhnya kepada ‘infrastruktur keganasan’ terbabit dan menyifatkan ia sebagai tindak balas yang mencerminkan profesionalisme India. “Kami boleh katakan bahawa ia menunjukkan ketepatan, kewaspadaan dan kemanusiaan,” katanya. Tentera India juga berkata, serangan itu memusnahkan ‘sembilan kem pengganas’ milik mereka yang didakwa bertanggungjawab susulan serangan berdarah di Kashmir yang ditadbir India bulan lalu dengan 26…

Read More