Tiga agenda Nik Nazmi jika kekal

SEPANG 8 Mei  – Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad tetap akan mempertahankan jawatan Naib Presiden PKR dalam pemilihan hujung bulan ini dengan menawarkan tiga agenda utama kepada anggota parti itu.

Justeru walaupun tewas di peringkat Ketua Cabang PKR Setiawangsa, Nik Nazmi memohon sokongan semua ahli PKR untuk memberi kepercayaan kepadanya seterusnya melaksanakan agenda berkenaan.

Agenda itu adalah meneruskan program Felo Keadilan bagi melahirkan pemimpin muda berwibawa, memantapkan sistem perkaderan dan pendidikan politik serta menyusun dan menyiapkan jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Dalam satu kenyataan media, Ahli Parlimen Setiawangsa itu berkata, pemilihan kali ini bukan sekadar soal pertandingan, tetapi merupakan amanah besar untuk memastikan idealisme Reformasi terus subur ketika sedang diuji dengan kuasa.

Tegasnya, parti mesti mengutamakan rakyat dan menampilkan kepemimpinan yang berwibawa.

“Saya adalah orang parti dan saya sentiasa meletakkan kepentingan parti serta negara mengatasi segala-galanya. Saya menyertai parti ini sejak berusia 19 tahun kerana percaya inilah wadah terbaik untuk Malaysia,” katanya.

Pada pemilihan peringkat cabang, Nik Nazmi gagal mempertahankan jawatan Ketua Cabang Setiawangsa apabila kalah kepada pencabarnya, Datuk Afdlin Shauki.

Afdlin, yang juga pelakon dan pengarah filem terkenal, menang setelah memperoleh sebanyak 631 undi manakala Nik Nazmi, meraih 563 undi.

Mengenai rekodnya dalam parti, Nik Nazmi turut mengimbau kembali peranan sebagi setiausah sulit ANwar Ibrahim, menerima pencalonan di kubu kuat UMNO pada 2008 (Seri Setia), Setiawangsa (2018).

“Apabila Presiden dipenjarakan pada tahun 2015, saya dan rakan-rakan AMK menggerakkan anak-anak muda turun ke jalanan hingga ditahan dan bermalam di lokap selama tiga hari,” katanya.

Beliau mengingatkan bahawa pemilihan kali ini bukan sekadar soal pertandingan, tetapi merupakan amanah besar untuk memastikan idealisme Reformasi terus subur ketika kita sedang diuji dengan kuasa.

“PRU16 akan menjadi titik penentu, negara kini di persimpangan . Kita berdepan gelombang politik kebencian yang memecahbelahkan masyarakat. Justeru Keadilan mesti mengutamakan rakyat dan menampilkan kepemimpinan yang berwibawa,” katanya.

Selain Nik Nazmi, turut menyatakan hasrat mempertahankan jawatan Naib Presiden ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang; Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, Menteri Besar Negeri Sembilan,  Aminuddin Harun dan Nurul Izzah Anwar.

Setakat 2.30 petang hari ini, media melaporkan enam orang sudah mengemukakan pencalonan untuk jawatan Naib Presiden.

Selain, Lih Kang turut serta adalah Timbalan Setiausaha Agung PKR, Dr Sathia Prakash Nadarajan; Timbalan Ketua Penerangan 1 PKR yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi,  R Ramanan; serta Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment