MELAKA – Barisan Nasional (BN) tidak akan menyerahkan kerusi yang dimenanginya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu bagi menmenuhi permintaan DAP supaya pembahagian kerusi sama rata BN 14, PH 14 pada PRN akan datang.
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, mengingatkan PH Melaka supaya tidak terlalu berharap untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sebelum ini dimenangi BN.
EXCO Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri berkata ketika rundingan dibuat menjelang PRN lalu, PH sangat susah untuk bersetuju memberikan kerusi yang dimenangi parti komponen mereka kepada BN.
“Kali ini senang-senang sahaja nak kerusi yang kami dah menang. Maka kerusi yang BN menang tidak akan sama sekali untuk diberikan kepada PH Jika nak juga,kita bertanding di tempat yang sama.
Mudah sahaja, untuk beri kamu,tidak sama sekali,dan boleh teruskan bermimpi,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, itu.
Kenyataan itu susulan laporan sebuah akhbar berbahasa Cina bertajuk `9 Cawangan DAP Melaka meluluskan resolusi strategi 14 BN + 14 PH pada PRN Melaka akan datang.
Difahamkan, sembilan cawangan itu adalah Bukit Beruang, Ayer Keroh, Kampung Baru Ayer Keroh, Merdeka Jaya, Sunshine, Taman Muzaffar Shah, Bukit Beruang Indah, Kubu dan Taman Kerjasama.
Dalam kenyataan bersama, semua cawangan itu menyokong supaya PH dan BN masing-masing bertanding 14 daripada 28 kerusi DUN di Melaka, selari semangat kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.
Usul itu dikatakan bertujuan memperkukuh mandat rakyat dan memastikan wakil rakyat yang terpilih benar-benar mencerminkan kehendak pengundi, selain mengukuhkan kestabilan politik serta kesinambungan dasar di peringkat negeri dan Pusat.
Pada PRN lalu, daripada 28 kerusi DUN, 21 dimenangi BN, lima PH dan dua PN.
Nnn
