India pertahan hak serang Pakistan

NEW DELHI  – India menegaskan serangan terbaru terhadap Pakistan adalah operasi yang ‘dirancang dengan teliti’ dan menggunakan haknya untuk bertindak balas.

Menteri Pertahanan India, Rajnath Singh, mendakwa pihaknya  hanya menyasarkan kem pengganas.

Singh berkata, operasi itu menyasarkan sepenuhnya kepada ‘infrastruktur keganasan’ terbabit dan menyifatkan ia sebagai tindak balas yang mencerminkan profesionalisme India.

“Kami boleh katakan bahawa ia menunjukkan ketepatan, kewaspadaan dan kemanusiaan,” katanya.

Tentera India juga berkata, serangan itu memusnahkan ‘sembilan kem pengganas’ milik mereka yang didakwa bertanggungjawab susulan serangan berdarah di Kashmir yang ditadbir India bulan lalu dengan 26 individu dilaporkan terkorban.

Pakistan berkata, 26 orang awam terbunuh dalam serangan rentas sempadan berkenaan termasuk empat kanak-kanak, dua daripadanya kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun.

India bertindak balas terhadap serangan pada 22 April lalu ke atas pelancong di Kashmir yang dikaitkan dengan kumpulan militan yang berpangkalan di Pakistan, Lashkar-e-Taiba,malah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut menyenaraikan ia sebagai pertubuhan pengganas.

Islamabad sebelum ini menolak dakwaan mengaitkan pihaknya menyokong serangan di Kashmir pada 22 April lalu.

Menteri Pertahanan Pakistan, Khawaja Muhammad Asif, sebelum ini menuduh Perdana Menteri India, Narendra Modi melancarkan serangan untuk ‘melonjakkan’ populariti domestiknya, namun beliau berkata, Islamabad sudah melakukan serangan balas.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment