Afghanistan gesa henti serangan

KABUL – Kementerian Luar Afghanistan menggesa India dan Pakistan supaya tidak meneruskan serangan sebaliknya menyelesaikan isu terbabit melalui dialog dan diplomasi.

Menurut kenyataan Kerajaan Taliban itu, peningkatan ketegangan konflik tidak ‘menguntungkan wilayah itu’ selepas kedua-duanya melakukan serangan rentas sempadan di wilayah Kashmir.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas India dan Palestin saling berbalas tembakan artileri berat di sempadan dua negara itu.

Islamabad memaklumkan, 26 orang awam terbunuh susulan serangan India di sepanjang sempadan, manakala New Delhi melaporkan sekurang-kurangnya 12 maut akibat bedilan meriam dilakukan Pakistan.

Hubungan antara kerajaan Taliban dan negara jirannya, Pakistan tegang berikutan kebimbangan keselamatan dan kempen pengusiran Islamabad yang menghalau puluhan ribu rakyat Afghanistan sejak awal April lalu.

Taliban yang kembali menerajui pimpinan di Kabul pada musim panas 2021, sebaliknya membina hubungan lebih rapat dengan New Delhi, walaupun negara itu tidak mengiktiraf kerajaan mereka.

Keganasan antara India dan Pakistan tercetus selepas New Delhi menuduh Pakistan menyokong serangan berdarah paling tragisdalam tempoh beberapa tahun ke atas orang awam di Kashmir yang ditadbir India pada 22 April lalu,yang mengorbankan 26 individu.

Related posts

Leave a Comment