Menteri tewas kepada Afdlin Shauki

KUALA LUMPUR 19 April  – Pengarah dan pelakon,  Afdlin Shauki membuat kejutan apabila berjaya menewaskan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar, Nik Nazmi Nik Ahmad, bagi perebutan jawatan Ketua Cabang PKR Setiawangsa. Nik Nazmi yang juga Naib Presiden PKR, gagal mempertahankan jawatannya itu selepas hanya mampu meraih 563 undi manakala Afdlin memperoleh 631 undi, Dalam pada itu, Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran turut gagal merebut jawatan Ketua Cabang Batu apabila sekadar meraih 793 undi manakala, peguam Asheeq Ali Sethi Alivi memperoleh 946, menang dengan majoriti 153 undi. Ahli Parlimen…

Read More

Permit masuk Makkah mulai 23 April

RIYADH – Bermuda 23 April ini, semua yang ingin memasuki Makkah wajib mendapatkan permit masuk yang sah. Direktorat Am Keselamatan Awam Arab Saudi mengingatkan pelaksanaan urusan dan prosedur haji akan dikuatkuasa bermula 23 April ini, mewajibkan semua yang ingin memasuki Makkah mendapatkan permit masuk yang sah. Menurut Agensi Berita Saudi (SPA), mana-mana individu yang tidak mempunyai permit tidak dibenarkan melepasi sekatan keselamatan menuju kota suci itu. Pihak berkuasa menegaskan, aturan dan prosedur haji bagi 1446 Hijrah akan dikuatkuasakan dengan ketat. Kenderaan dan penduduk yang tidak memiliki permit kerja di kawasan…

Read More

Durian: DAP sedia jadi jambatan’

KUALA LUMPUR 19 April – DAP Pahang sedia memainkan peranan sebagai jambatan antara kerajaan negeri dan pekebun durian khususnya di Raub bagi membuka ruang rundingan yang konstruktif demi mencari jalan penyelesaian baik dan harmoni. Dalam kenyataannya, DAP menjelaskan komitmen mereka itu adalah bagi meningkatkan hasil kerajaan negeri selain memastikan sektor pertanian di seluruh Pahang dapat diurus secara tersusun dan mampan demi kesejahteraan semua. “Tidak dinafikan terdapat pekebun-pekebun mengusahakan tanah di kawasan Raub tanpa kebenaran sejak beberapa dekad yang lalu, namun industri durian Musang King di Raub berkembang menjadi jenama yang…

Read More

Diskaun istimewa Andalusia sempena MATTA Fair

KUALA LUMPUR 19 April – Sempena MATTA Fair yang sedang berlangsung di MITEC mulai semalam hingga esok, Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia) menawarkan diskaun pakej umrah serta hadiah-hadiah istimewa kepada para pengunjung. Malahan bagi cabutan Jelajah Impian dan Mimpi Bersama Andalusia (JIMBA) sempena MATTA Fair, sebuah motosikal Honda Dash 125 bernilai RM6,599 serta 10 baucar diskaun RM50 menanti pemenang bertuah. Orang ramai boleh mengunjungi reruai Andalusia di Aras 1 (Domestic Hall) MITEC yang memberi fokus kepada pelancongan manakala di Aras 3 (Hall 9) memberi fokus kepada umrah. Sempena…

Read More

Hizbullah tolak desakan Washington

BEIRUT – Kumpulan Hizbullah, menegaskan bahawa pihaknya tidak akan membenarkan sesiapa pun melucutkan senjatanya atau menghentikan tentangan terhadap Israel. Ketua Kumpulan Hizbullah, Naim Qassem, menegaskan demikian susulan desakan Washington terhadap Beirut supaya gerakan yang disokong Iran itu menyerahkan senjatanya. Pejuang Hizbullah, yang sekian lama menjadi kuasa dominan dalam politik Lubnan, semakin lemah selepas lebih setahun pertempuran dengan Israel yang tercetus susulan perang di Gaza. Ini termasuk serangan darat Israel dan pengeboman selama dua bulan yang menyebabkan barisan kepemimpinan kumpulan itu musnah. Pertempuran itu sebahagian besarnya berakhir dengan gencatan senjata November…

Read More

Krisis kemanusiaan makin buruk

SERANGAN berterusan serta sekatan Israel semakin memburukkan krisis kemanusiaan di Semenanjung Gaza, demikian amaran Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA). Dalam kenyataannya, UNRWA kini mengendalikan 115 pusat perlindungan di seluruh Gaza, yang menempatkan lebih 90,000 pelarian. “Krisis yang sedia genting kini semakin merosot akibat pengeboman serta sekatan yang menghalang kemasukan bantuan kemanusiaan dan bekalan komersial,” kata kenyataan itu. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut menganggarkan hampir 420,000 penduduk sekali lagi hilang tempat tinggal sejak gencatan senjata Januari lalu gagal dipertahankan, dan mengulangi gesaan kepada gencatan senjata…

Read More