Tarif: EU tangguh tindak balas

ISTANBUL – Kesatuan Eropah (EU) bersetuju menangguhkan selama 90 hari tindakan balas yang dirancang untuk dilaksanakan minggu depan susulan tarif yang dikenakan Amerika Syarikat (AS).

Tindakan itu susulan pengumuman Presiden AS, Donald Trump, menangguhkan dan bagi memberi ruang kepada rundingan.

“Kami mengambil maklum pengumuman Presiden Trump. Kami mahu memberi peluang kepada rundingan,” kata Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen menerusi hantaran di platform X.

Von der Leyen mengesahkan bahawa walaupun EU telah memuktamadkan pelaksanaan tindakan balasnya dengan ‘sokongan kuat’ daripada negara anggota, pelaksanaan itu akan ditangguhkan selama tiga bulan.

Bagaimanapun jika rundingan tidak mencapai hasil memuaskan, tindakan balas  akan dilaksanakan,dan Suruhanjaya Eropah akan terus membuat persediaan bagi kemungkinan langkah tambahan.

Rabu lalu, Trump mengumumkan penangguhan tarif selama 90 hari untuk banyak negara di seluruh dunia tidak termasuk China sebaliknya kadar tarif ke atas negara itu telah dinaikkan kepada 125 peratus.

Nn

Related posts

Leave a Comment