Beijing gesa adakan dialog adil

BEIJING – Kementerian Perdagangan China menggesa dialog yang adil diadakan bukannya mengenakan tekanan dan ugutan yang tidak akan menyelesaikan pertikaian perdagangan semasa antara China dan Amerika Syarikat (AS).

Jurucakap kementerian, He Yongqian memberitahu, walaupun China tetap terbuka untuk perbincangan, sebarang perbincangan mesti berasaskan saling hormat menghormati dan dijalankan atas dasar kesaksamaan.

Jika AS berkeras untuk melancarkan perang perdagangan, China akan berjuang hingga ke akhirnya, kata jurucakap itu.

“Tekanan, ugutan dan pemerasan bukan cara yang betul untuk menangani China.

Kami berharap kedua-dua negara akan bekerja ke arah menyelesaikan perbezaan melalui dialog dan perundingan, dipandu oleh prinsip saling hormat menghormati, kewujudan bersama dengan aman dan kerjasama menang-menang,” kata He.

Jurucakap itu berkata China tidak akan menerima taktik AS yang mengenakan tekanan maksimum dan membuli dan akan mengambil langkah tegas serta berkesan untuk mempertahankan hak dan kepentingannya yang sah.

Justeru China mendesak AS menarik balik langkah tarif unilateralnya secepat mungkin dan membetulkan tindakan yang tersasar serta membantu mewujudkan suasana yang kondusif untuk dialog dan perundingan.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment