Laporan penuh siasatan letupan dibentang Mei

SUBANG JAYA 11 April – Pasukan siasatan berhubung kes letupan saluran paip gas di Putra Heights, di sini dijangka membentangkan laporan penuh pertengahan Mei ini, kata Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari. Bagaimanapun jangkaan itu bergantung kepada keadaan cuaca dan faktor keselamatan kawasan letupan. Katanya , berdasarkan maklumat pihak polis, siasatan teknikal berhubung insiden letupan paip gas di Putra Heights, di sini, dijangka mengambil masa sehingga dua minggu. Menurut beliau, masih terdapat beberapa kekangan termasuk faktor cuaca tidak menentu dan keadaan tanah masih tidak stabil yang menjejaskan siasatan itu. “Kita…

Read More

Beijing gesa adakan dialog adil

BEIJING – Kementerian Perdagangan China menggesa dialog yang adil diadakan bukannya mengenakan tekanan dan ugutan yang tidak akan menyelesaikan pertikaian perdagangan semasa antara China dan Amerika Syarikat (AS). Jurucakap kementerian, He Yongqian memberitahu, walaupun China tetap terbuka untuk perbincangan, sebarang perbincangan mesti berasaskan saling hormat menghormati dan dijalankan atas dasar kesaksamaan. Jika AS berkeras untuk melancarkan perang perdagangan, China akan berjuang hingga ke akhirnya, kata jurucakap itu. “Tekanan, ugutan dan pemerasan bukan cara yang betul untuk menangani China. Kami berharap kedua-dua negara akan bekerja ke arah menyelesaikan perbezaan melalui dialog…

Read More

Tarif: EU tangguh tindak balas

ISTANBUL – Kesatuan Eropah (EU) bersetuju menangguhkan selama 90 hari tindakan balas yang dirancang untuk dilaksanakan minggu depan susulan tarif yang dikenakan Amerika Syarikat (AS). Tindakan itu susulan pengumuman Presiden AS, Donald Trump, menangguhkan dan bagi memberi ruang kepada rundingan. “Kami mengambil maklum pengumuman Presiden Trump. Kami mahu memberi peluang kepada rundingan,” kata Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen menerusi hantaran di platform X. Von der Leyen mengesahkan bahawa walaupun EU telah memuktamadkan pelaksanaan tindakan balasnya dengan ‘sokongan kuat’ daripada negara anggota, pelaksanaan itu akan ditangguhkan selama tiga bulan.…

Read More