Kabinet Syria dominasi sekutu rapat

DAMSYIK- Presiden sementara Syria, Ahmed al-Sharaa mengumumkan kerajaan peralihan baharu yang didominasi sekutu rapat dan termasuk seorang wanita, menggantikan pihak berkuasa sementara sejak penyingkiran Bashar al-Assad. Rakan rapat Ahmed memegang jawatan penting, dengan Menteri Luar, Assaad al-Shaibani dan Menteri Pertahanan, Murhaf Abu Qasra mengekalkan jawatan Kabinet mereka, manakala ketua perisikan am, Anas Khattab sebagai Menteri Dalam Negeri. Tokoh pembangkang veteran, Hind Kabawat, seorang anggota minoriti Kristian Syria dan penentang Bashar sejak sekian lama, dinamakan sebagai Menteri Hal Ehwal Sosial dan Buruh, wanita pertama yang dilantik Ahmed. Pemimpin White Helmets, penyelamat…

Read More

Aidilfitri Arab Saudi esok, Indonesia Isnin

KUALA LUMPUR 30 Mac – Umat Islam di Arab Saudi akan merayakan Aidilfitri esok 30 Mac manakala indonesia menetapkan pada Isnin, 31 Mac 2025. Mahkamah Agung Arab Saudi, mengumumkan ketetapan itu sekali gus menyaksikan hari ini menjadi hari terakhir Ramadan. Solat sunat Aidilfitri akan diadakan di seluruh negara esok sejurus selepas matahari terbit, dengan pengaturan menyeluruh dibuat untuk menampung jemaah untuk solat Hari Raya tahunan. Menteri Hal Ehwal Islam, Dakwah, dan Bimbingan Saudi, Sheikh Abdullatif Al-Asheikh baru-baru ini mengeluarkan arahan untuk mengadakan solat Aidilfitri 15 minit selepas matahari terbit, mengikut…

Read More

Putra minta menteri letak jawatan, tukar Datuk Bandar

SEPANG 29 Mac – Parti Putra mendesak Menteri Wilayah Persekutuan Dr. Zaliha  Mustafa meletak jawatan bagi memulihkan keyakinan rakyat terhadap kepemimpinan dan integriti pentadbiran Wilayah Persekutuan. Ketua Penerangannya Shahrulufti Sharif berkata, Datuk Bandar Kuala Lumpur pula  Dr Maimunah Mohd Sharif dil perlu dipindahkan ke agensi lain dengan serta merta. Beliau berkata insiden yang melibatkan individu yang dikenali sebagai “Abang Belon” telah mencetuskan kebimbangan besar dalam kalangan masyarakat. “Video insiden tersebut, yang kini tersebar luas di media sosial, menunjukkan tindakan kasar yang tidak wajar terhadap beliau. Kejadian ini bukan sahaja mencerminkan…

Read More

Penguat kuasa ditolak selepas ditegur kali ketiga

KUALA LUMPUR 29 Mac – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjelaskan tindakan diambil terhadap seorang penjual belon di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) semalam adalah selepas dua kali teguran tidak dihiraukan. Bagaimanapun, dalam kenyataannya, DBKL akan menjalankan siasatan lanjut dan mengambil keterangan daripada semua anggota penguat kuasa terlibat. Menurut DBKL, ketika melakukan rondaan berkala di situ, anggota penguat kuasanya mendapati beberapa penjaja tanpa lesen menjalankan perniagaan di laluan pejalan kaki, menghalang pergerakan orang ramai dan menyebabkan kesesakan. Anggota penguat kuasa kemudian menegur penjaja-penjaja ini dan mereka memberikan kerjasama dengan beredar,…

Read More

Sampai bila Melayu nak bersatu padu?

KUALA LUMPUR 29 Mac  – Ketua Pemuda UMNO,  Dr Muhamad Akmal Saleh membidas kenyataan Ketua Penerangan Bersatu  Tun Faisal Tun Ismail Aziz kerana menuduh pihaknya bermain wayang dalam usaha membantu penjaja belon dikasari penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Menurutnya, isu yang melibatkan agama dan bangsa sepatutnya mengetepikan warna parti politik, bukannya dijadikan medan untuk tuduh-menuduh serta bermain sandiwara. “Inilah contoh kenapa Melayu berpecah-belah. Bila ada pihak yang menunggang demi kepentingan politik. “Yang menunggang dan main wayang adalah orang seperti Tun Faisal, pemuda tidak bersuara ditanya mana suara Pemuda UMNO.…

Read More

Mudahkan peniaga kecil cari rezeki

KUALA LUMPUR 29 Mac – Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu lebih prihatin, peka dan berhemah serta mencari jalan untuk memudahkan peniaga-peniaga kecil mencari rezeki pada musim-musim perayaan tertentu. Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin berkata, lesen-lesen sementara boleh dikeluarkan untuk membolehkan mereka berniaga di tempat-tempat tertentu untuk suatu tempoh yang terhad. “Semasa pentadbiran Kerajaan Perikatan Nasional, Kementerian Wilayah Persekutuan melaksanakan inisiatif Wilayah Bebas Berniaga dengan mengeluarkan lesen-lesen sementara kepada para penjaja bagi suatu tempoh tertentu untuk memudahkan penjaja kecil menjalankan perniagaan di Wilayah Persekutuan. Inisiatif ini dilaksanakan untuk meringankan beban…

Read More

Berat sangatkah kesalahan ‘abang belon’

KUALA LUMPUR 29 Mac – “Berat sangat ke kesalahan dia (abang jual belon) ni? Berat sangat ka sampai nak ditolak ke bawah , sampai dia berguling, ramai-ramai nak tangkap dia sorang,” Itu reaksi Ketua Pemuda UMNO,  Dr Akmal Saleh selepas menyaksikan video kekecohan di Jalan Tunku Abdul Rahman malam tadi. Beliau merujuk video kekecohan yang melibatkan sekumpulan penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang didakwanya bertindak seperti binatang ketika mahu menahan lelaki yang menjual belon di kawasan berkenaan. Justeru beliau berkata, Pemuda UMNO akan menuntut keadilan bagi ‘abang jual…

Read More